As'salam
Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan,
Nur Syafiqah Mohd Azhar dan Noor Fatin Zulkifli, kedua2nya berusia 17 tahun telah
mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas di
Geneva Palexpo Exhibitions and Inventions, Switzerland menerusi produk
kertas mesra alam yang mereka hasilkan.
Pertandingan peringkat antarabangsa itu yang telah diadakan pada 18 hingga 22 April lepas
telah membuktikan bahawa produk keluaran rakyat tempatan juga mampu mendapat tempat
diperingkat antarabangsa.
Pengetua MRSM itu, Khalil Ab Rahman berkata, kejayaan kali pertama
MRSM Kuantan merangkul pingat emas pada pertandingan antarabangsa itu diharap dapat
dijadikan contoh buat pelajar MRSM dan golongan muda yang lain.
Kedua-dua pelajar berkenaan telah mengambil masa kurang daripada enam bulan bagi menjalankan kajian untuk menghasilkan kertas yang diperbuat daripada lalang itu.
Apa yang istimewanya, kertas itu sangat mesra alam kerana ia bukan saja boleh reput dalam masa dua minggu tetapi ia juga boleh dugunakan sebanyak tiga kali jika ia dijadikan sebagai bekas makanan.
Sumber: Kosmo
wow , bila lah ieqa nak jadi sebijak tu . Huhu . Bangga :')
BalasPadaminsyallah ieqa kalau ada usaha dan kesungguhan..semua tu tak mustahil :)
BalasPadamhebat la mereka berdua..Last year saya masuk pertandingan cuma buat soy ink saja...kitaorang gunakan minyak soya untuk buat dakwat pen ..tu pun dapat no 5..
BalasPadamwah bijak budak2 ni. memang kena bagi reward supaya org lain pun semangat gak
BalasPadamassalamualaikum..sy salah sorang student kt ats tuh, insya-allah, kalau ada kesungguhan, kejayaan akn menyusul
BalasPadam