followers

busuk.org

Rabu, 21 Mac 2012

Uji bakat Imam Muda kini di Youtube!


Salam..

Berita baik bagi peminat-peminat Program Realiti TV Imam Muda musim ke-3

Kepada mereka yang berminat ingin menyertai ujibakat program ini,
anda kini boleh mengikuti siri ujibakat pencarian imam muda melalui You Tube.

Penyertaan terbuka pada lelaki Islam berumur 18 hingga 30 tahun dan peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik. 

Uji bakat melalui online diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim ketiga ini. Peserta dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang.

Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera dua bacaan dalam al-Quran seperti ditetapkan. Rakaman yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke laman Youtube melalui akaun yang dibuka peserta uji bakat sendiri. Borang yang lengkap berserta pautan video di Youtube hendaklah di email menerusi imammuda@astro.com.my. Ujibakat berlangsung mulai 19 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012.


Sumber: Sinar Harian

2 ulasan:

M@W@R Q@SeH berkata...

Tuan blog ni pn gi la cuba...hehehe

Unknown berkata...

hehehe...masih tak cukup ilmu di dada :)