followers

busuk.org

Ahad, 18 Mac 2012

Pengasas Red Bull meninggal dunia





BANGKOK - Bilionair Chaleo Yoovidhya yang merupakan pengasas bersama minuman tenaga Red Bull meninggal dunia pada usia 89 tahun semalam akibat sakit tua, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Menurut majalah Forbes, Chaleo ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lalu.

Dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, keluarga Chaleo menyara kehidupan dengan menternak itik dan menjual buah-buahan di wilayah Phicit, utara Thailand.

Beliau kemudian berpindah ke ibu kota Thailand untuk bekerja di kedai ubat saudara lelakinya sebelum menjadi seorang jurujual.

Chaleo seterusnya membina kilang farmaseutikalnya sendiri di sini.

Kilangnya, TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik dinamakan Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.

Populariti tonik tersebut kemudian dijadikan inspirasi oleh Chaleo untuk menghasilkan Red Bull.

Sumber

Tiada ulasan: