followers

busuk.org

Khamis, 15 Mac 2012

'Ingat aku takut nak berperang'


JOHOR BAHRU – Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi ‘kunci’ untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu.

Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik.

Katanya, suspek giat mencuri kabel sejak mendiami rumah kosong yang terletak berhadapan dengan rumahnya di tingkat empat Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

“Saya pernah dengar suspek mengugut ibu berbunyi: ‘Siaplah engkau, ingat aku takut nak berperang’.

“Tak sangka pula mereka benar-benar maksudkannya dengan menculik dan membunuh Dirang (panggilan manja Nurul Nadirah),” rintih Roselyn yang masih bersedih.

Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju.

“Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi,” cerita Roselyn.

Kredit: Kosmo

4 ulasan:

Cik Bayan berkata...

siapalah kita untuk membalas dendam pada kanak2 yang tidak berdosa? Dimana akal sebagai manusia???

Unknown berkata...

btl tu aynora.. tergamak org tu melakukan pembunuhan..

Tanpa Nama berkata...

btul tu aynora. dan di manakah akal seorang ibu sampai sanggup biar anak kecik pegi kedai sorang diri?

M@W@R Q@SeH berkata...

marahkan orang lain budak yg jadi mangsa...tu la dunia skrg ni nk tegur pn kena beringat...ati manusia ni kita bkn tau...moga pnjenayah terima pmblsn yg setimpal...