followers

busuk.org

Selasa, 13 Mac 2012

Berhati-hati Dengan Panggilan Palsu 'Pos Malaysia'



KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) meminta orang ramai supaya
berhati-hati terhadap satu aktiviti penipuan dengan menggunakan nama organisasi
tersebut. Pos Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan mendakwa dihubungi pihak tertentu yang menyamar sebagai kakitangan Pos Malaysia. “Individu tidak bertanggungjawab ini

meminta pelanggan memberi maklumat peribadi mereka kononnya untuk menguruskan penghantaran dokumen penting termasuk dokumen yang dihantar
oleh Mahkamah Tinggi,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, Pos Malaysia tidak pernah meminta maklumat seperti itu daripada pelanggan mereka untuk urusan surat daripada pihak mahkamah malah tidak pernah diberi kuasa untuk berbuat demikian. Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai yang menerima panggilan seperti itu diminta supaya berhati² dan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 untuk membuat semakan jika perlu. “Mereka yang telah menjadi mangsa kepada kegiatan ini diminta melaporkannya kepada
pihak polis,” tambah kenyataan itu.

p/s manusia makin berani buat salah tapi makin takut buat kebaikan


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ish !!!