followers

busuk.org

Khamis, 16 Februari 2012

Pelik Tapi Benar | warga emas jadi 'anak dara sunti'

Salam...

Memang sukar untuk dipercayai apabila seorang warga emas tiba-tiba menjadi anak dara sunti..
Namun itulah yang terjadi keatas seorang 'Nenek', Puan binti Ahmad yang dipercayai usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, Kangar.
tiba-tiba menjadi anak dara sunti apabila didapati baru berusia 16 tahun.

Namun kejadian yang menimpa warga emas itu adalah kerana kesilapan yang dilakukan oleh pihak
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Kesilapan tarikh lahir pada Mykad warga emas itu menyebabkan beliau kini baru 'berusia' 16 tahun apabila  Mykadnya tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan yang lebih menyedihkan kesilapan itu memnyebabkannya menghadapi pelbagai masalah termasuklah gagal mendapatkan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dia yang mempunyai 4 orang anak yang berusia antara 40 dan 70 tahun serta mempunyai 19 cucu dan 47 cicit mengakui hidup pada zaman penjajah lagi tetapi tidak mengingati usianya yang sebenar.

Kesilapan pada Mykad itu hanya disedari selepas salah seorang dari cucunya yang membawa beliau ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut.

p/s takkan JPN tiada tindakan susulan..hmmm pelik tapi benar


8 ulasan:

Lieza Nordin berkata...

ahaks!! ingtkan betul bertukar~ hehehehe.. apa2 pun next time kena hati2.. hu8~

Fakhrul Haiyin berkata...

kesian nenek tuh. huhu.

P.A. berkata...

pelik kan....kesian dia

Unknown berkata...

hehe..:)

Unknown berkata...

tu la pasal..kesian dia

Unknown berkata...

mmg kesian

mrs kayrul berkata...

suspen jer baca tajuk tadi..rupa2 kesilapan tarikh lahir

Unknown berkata...

salah satu tip tingkatkan trafik..awk blh cuba hehe :)