followers

busuk.org

Isnin, 6 Februari 2012

Pelik Tapi Benar | Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia



Salam..


Bangga apabila rakyat negara kita ada juga yang kreatif seperti orang-orang kat eropah tu. seorang anak kelahiran Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah membina sebuah Rumah Terbalik pertama di Malaysia di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Menurut Pemilik Rumah Terbalik ini, Ia dibina untuk menyampaikan mesej alam sekitar.

Pemiliknya berkata lagi, semua peralatan diletakkan secara terbalik seperti peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit. Dan dengar kata, kos pembinaan rumah ini menelan belanja sehingga setengah juta.

Ini Adalah antara salah satu sebab mengapa anda harus melawat sabah. Kalau nak melawat rumah ini, Pengunjung boleh melawat rumah terbalik ini dengan bayaran masuk sebanyak RM10 (pemilik MyKad) RM18 (Pelancong) dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.



Alamat rumah ni pula ialah:
Kg. Telibong, Batu 21,

Jalan Telibong Tamparuli,,
89208 Tuaran Sabah,

Malaysia.


Sesiapa yang berminat datang ke sini, boleh lah bawa family sekali..ingat negara luar saja kah ada tempat menarik macam ini? Malaysia pun ada maaa..... hehehehe :)


p/s tak sangka rumah ni berada dinegeri gua

6 ulasan:

Lieza Nordin berkata...

ekhh,, hak8... *fenin laaa.. :P huhu

Syafiq Ahadin berkata...

kalau masuk terbalik laa juga tu? bingung.. haha!

Unknown berkata...

hahaha...

Unknown berkata...

hahaha...nta la

Tanpa Nama berkata...

agaknya sbg persediaan dunia yg semakin tunggang-terbalik dan caca marba. (ataupun tanda-tandanya?)

Unknown berkata...

mungkin jgk