followers
busuk.org
Isnin, 23 Januari 2012
Tutorial Membuang Malware Untuk Pengguna Blogspot
Assalamualaikum...
sebut pasal malware semua orang mesti rasa takut ataupun risau. gua sendiri pun takut dowh, apa tidaknya baru-baru ni blog gua pun dah kena jangkitan virus ni..gelabah beb!! macam-macam cara gua guna..tapi alhamdulillah walaupun gua tak berapa sure menatang ni memang betul-betul dah nyah! dari blog gua tapi gua rasa sekarang dah ok berbanding beberapa hari lalu.
So, kali ni gua nak kongsi serba sedikit tentang macam mana nak elak benda ni dari "MENERJAH" blog korang.
berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog korang dari terkena jangkitan malware.
Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah antara yang menjadi penyebab kepada masalah ini selain penggunaan widget yang terlalu banyak di dalam sesuatu blog ( macam blog gua la tu )
"favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer korang diserang oleh malware berkenaan.
Cara Mengatasi.
Pastikan korang tidak pilih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan korang dalam "Configure Blog List".
Pergi ke Dashboard.
pilihDesign -> Page Elements-> My Blog List
Kemudian pastikan korang tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).
Setelah itu barulah anda klik"Save".
Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog korang dari dijangkiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.
Setelah selesai, korang perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser korang.
Buka semula dan cuba buka blog korang kembali. Tanda amaran malware itu mungkin telah tiada, insya allah.
Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan korang menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat!!.
Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1
Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.
sila sebar dan kongsikan bersama rakan yang lain.
Sekian..
Sumber&kredit: greenboc
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan