followers

busuk.org

Sabtu, 21 Januari 2012

Tips penting menghadapi ujian Allah SWT


Assalamulaikum...
hai semua..apa khabar hari ni? moga sihat-sihat ye..?
So, hari ni gua nak ajak korang baca artikel ni,tentang tip bagaimana nak menghadapi ujian daripada Allah SWT. Sesungguhnya hidup kita ini tak lepas dari ujian, bagi yang lemah maka akan mudah untuk syaitan menyesatkannya. so disini gua nak bagi beberapa tip..
check it out!!!

Pertama

- yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Kedua

- yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Ketiga

- yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat

- selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN

Sumber:

2 ulasan:

@KU M@NUS!@ B!@S@ berkata...

nice info!!

Lieza Nordin berkata...

setiap ujian ada hikmahnya... :) :) Allah uji kita krna sayang pada kita.. :)