Rabu, 4 Januari 2012

Cinta



Cinta akan sentiasa datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. 

Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. 

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.  

Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Kepada mereka yang punya kekuatan untuk tidak tunduk kepada kegagalan.

Dan kepada mereka yang masih belum menutup pintu hatinya walau pernah menangis kerana cinta...

Bibirku tak akan pernah mengatakan "aku cinta kamu"
Aku juga takkan pernah ingin mendengar kamu mengatakan kepadaku

 "aku cinta kamu"
Biarlah hati kita yang saling mengatakannya
Biarlah hati kita yang saling mendengarnnya
kerana hati tak pernah berdusta
Kerana bibir tak akan pernah mampu untuk mengungkapkan cinta sejati
Kerana bibir lebih sering berdusta terhadap perasaan manusia


Cinta adalah percikan kasih Illahi di dalam perasaan hati insani kita...
Dia akan bergetar dan terhubung sendiri dalam diri dan hati kita masing-masing....
Tak perlu dikatakan...dan tak untuk di katakan...



Aku cinta padamu
wahai laut yang bergelora
kerana aku bisa belajar
menjadi seorang jejaka
yang tabah menerima cabaran

Aku cinta padamu
wahai langit yang luas
kerana aku bisa terbang bebas
menjelajah dunia saujana
antara batas dan tradisi

Aku cinta padamu
wahai gunung yang tinggi
kerana aku bisa menjadi
seorang pendaki gagah
yang tidak cepat menyerah kalah



Aku cinta padamu
wahai kata yang bernama cinta
kerana aku bisa menjadi
seorang pencinta
yang akan terus setia
pada cintanya....

Cintailah Cinta..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen Anda?