followers

busuk.org

Selasa, 20 Disember 2011

Kenyataan ariff alfian mengelirukan



"Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai muslim, saya masih seorang muslim dan akan kekal muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya," -Demikian antara petikan kata-kata Ariff Alfian Rosli ketika menjawab soalan wartawan Irish Times.com.

Ariff Alfian Rosli seorang pelajar jurusan perubatan di ireland yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila dikatakan "berkahwin" dengan seorang lelaki gay dari dublin.membuat kenyataan berkenaan yang pada gua memang mengelirukan dan seolah-olah mempersendakan Agama Islam.

Persoalannya disini,
Adakah agama islam menghalalkan seorang penganutnya berkahwin dengan bangsa sejenis?
Adakah agama islam menghalalkan seorang penganutnya berkahwin di gereja?
Merujuk kepada ayat terakhir, "Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya",apakah beliau tidak sedar bahawa imannya sebenarnya sudah pun goncang dan hancur berkecai, ibarat kaca jatuh ke lantai hancur dan bersepah merata-rata.!!!
ini menimbulkan kekeliruan bagi setiap yang membacanya..
kalau betullah iman si Ariff ni masih kuat,kenapa dia tergamak melakukan perbuatan yang terang-terang salah disisi Agama ini?
gua mintak, tolonglah jaga kesucian agama islam itu,jgn bercakap ikut sedap mulut saja..ayat ngko ni benar-benar membuat orang rasa bertambah meluat..!!! tak sedarkah yang ngko da memalukan agama sendiri??taubatlah wei..!!!

klik Sini



8 Papan tanda lalu lintas cinta




Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada di jalan raya. sepanjang perjalanan kita pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu.. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN

Sekiranya sudah putus, sebaiknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati jer. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk menjadi pendengar yang baik dan setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan mendesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI

Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOK

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Setiap perhubungan pasti ada masalah. Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPIT

Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

AWAS! JALAN BERBUKIT

Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikir sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!!



ini isu lagi panas!! sila klik Hangat di Malaysia

p/s sambil minum tea o ais

kisah si pencuri yang kantoi


Agak lucu jugak bila gua terbaca berita ni.. Seorang pencuri terkantoi.bila barang yang dicurinya secara tak sengaja menjualnya kepada si pemilik asal..Kisah ni kat kuala terengganu, bila seorang pemandu bas pelancong (mangsa)  meninggalkan kasut miliknya didalam bas dan memakai selipar untuk ke tandas, ketika dalam perjalanan kembali ke bas beliau terserempak dengan seorang lelaki yang menawarkan sepasang kasut untuk dijual kepadanya. bagaimanapun si mangsa dapat mengecam bahawa kasut itu adalah miliknya yang ditinggalkan dalam bas berkenaan.Si mangsa kemudian membawa lelaki itu menaiki bas dan mendapati kasutnya telah lesap.
Selepas disoal siasat,lelaki itu akhirnya mengaku mencuri kasut itu dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya...

Sumber: Sinar Harian
p/s sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya......