followers

busuk.org

Rabu, 7 Disember 2011

Risiko permainan komputer ganas kepada kanak-kanak



Bermain permainan komputer yang ganas walaupun hanya beberapa minit lebih bahaya daripada menonton filem ganas,demikian menurut ahli psikologi.


Sesetengah permainan komputer interaktif (seperti: Doom,Mortal kombat,Resident evil) memerlukan pemain untuk mengenal pasti watak yang melakukan keganasan. Ini meningkatkan fikiran dan tingkah laku agresif.
Dalam kebanyakkan permainan penuh aksi,apa saja watak yang digambarkan sebagai musuh-manusia,makhluk asing,gergasi atau syaitan-perlu dibunuh untuk mendapatkan mata dan terus bermain.
Kanak-kanak yang terdedah kepada saluran hiburan yang tidak sihat ini boleh menjadi ganas.


Pada hakikatnya,dalam kehidupan sebenar tentera dilatih untuk membunuh dalam peperangan menggunakan teknik sama yang kini digunakan untuk menghibur remaja dalam permainan komputer.
Oleh itu,tidaklah mengejutkan bahawa penggunaan berlebihan dan dalam jangka panjang permainan komputer ini telah menunjukkan menyebabkan antara lain ialah obsesi,tingkah laku ketagihan dan perubahan personaliti.
Bermain terlalu banyak permainan komputer ganas juga telah dilaporkan membawa kepada pembunuhan yang berleluasa dalam kehidupan sebenar.


Contoh: di sao paolo seorang pelajar membunuh tiga orang dan mencederakan lapan yang lain,apabila dikatakan meniru adegan daripada permainan komputer 'Duke Nukem'.
manakala di Colorado pula,dua orang pelajar menembak 12 pelajar,seorang guru dan ramai lagi sebelum membunuh diri. Salah seorang pelajar itu dikatakan sering bermain permainan komputer 'Doom'.

Sumber: CAP


P/S winning eleven -gua suka edit buat team sendiri 

Tiada ulasan: