MANTIN - Masjid Kariah Mantin di sini, dicemari dengan simbahan cat pada bahagian tembok dan dinding luar rumah ibadat itu, kira-kira jam 6 pagi,semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, kejadian itu mula disedari seorang anggota unit peronda polis yang singgah di masjid itu untuk solat Subuh.
“Siasatan awal menemui beberapa dokumen yang mendakwa wujud isu dalaman masjid namun tiada tong cat di lokasi kejadian.
“Perbuatan menyimbah cat ini dipercayai dilakukan sekitar tengah malam hingga awal pagi dan pihak polis sedang menyiasat dari pelbagai sudut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
Menurutnya, insiden itu tiada kaitan dengan sebarang perbuatan jenayah yang menyentuh soal sensitiviti agama.
Sementara itu, wakil pengurusan Masjid Kariah Mantin yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an, berkata, dia menyedari perbuatan menyimbah cat itu ketika datang ke masjid untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, semalam.
Menurutnya, sebelum ini, pihaknya pernah menerima surat layang daripada individu tidak diketahui bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan masjid berkenaan.
“Namun, tiada siapa pun yang pernah bersemuka dan berdepan dengan kami untuk membincangkan tentang pengurusan masjid.
“Perbuatan menyimbah cat ini agak keterlaluan kerana seolah-olah tidak menghormati kesucian rumah ibadat umat Islam di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, cat berwarna merah disimbahkan pada bahagian dalam tembok erhampiran pintu pagar masjid pada sebahagian dinding luar masjid.
Bagaimanapun Ahmad berkata, tiada bahagian lain masjid atau peralatan di dalamnya yang menjadi mangsa perbuatan khianat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
p/s perbuatan biadab!!!
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan