followers

busuk.org

Sabtu, 17 Disember 2011

Gelombang Aaron Aziz


Assalamualaikum.....
Sapa yang tak kenal Aktor kacak Aaron Aziz? idola seluruh malaysia woo wa cakap lu..semua orang memang minat giler kat Aaron termasuklah gua sendiri, Lakonannya yang cukup mantap meninggalkan kesan yang gua rasa memang kaw-kaw punyalah!! cakap jer nak bagi watak apa..kompom meletup punya..hehehe.. Penglibatannya dalam dunia lakonan memang berbaloi sekali sehingga mencetuskan satu 'gelombang' baru dalam dunia seni di negara ini..cayalah bro..Tahniah..!!
So,minat punya pasal,gua pun terfikirla buat benda ni 'ala-ala biografi' la kunun sebagai tanda minat gua pada bro Aaron untuk disimpan sebagai kenang-kenangan gua. Walaupun banyak keja,tapi gua tak kisah janji gua puas hati hehehe...



KERJAYA SENI
Aaron Aziz mula melibatkan diri dalam dunia senilakon sekitar tahun 2001 apabila muncul dalam beberapa drama siri di negara kelahirannya,singapura.Pada tahun 2004, beliau muncul dalam drama Haryati 2,Arahan Erma Fatimah,juga merupakan permulaan tapak kerjaya seninya di Malaysia. Namun kemunculan dalam drama Sumayyah (2005)selepas itu, sebenarnya adalah titik permulaan beliau mula mendapat perhatian di negara ini. Selepas itu rezekinya melimpah-limpah apabila banyak mendapat tawaran berlakon. Antaranya dilamar oleh SKOP Productions Sdn Bhd untuk watak utama dalam drama bersiri Janji Diana.dan beberapa lagi drama seperti Nora Elina,Stanza Cinta dan banyak lagi.
Selain itu beliau juga membintangi banyak Telemovie tempatan.
Pada tahun 2008 buat pertama kalinya Aaron muncul di layar perak apabila membintangi Filem Evolusi KL Drift. Selepas itu muncul lagi dalam beberapa buah filem termasuklah Bohsia,Pisau cukur,KL Gangster dan filem yang baru ditayangkan di pawagam, filem Ombak Rindu. Dan yang terkini sedang menjalani penggambaran filem KL Gangster 2.
Sebelum berlakon Aaron Aziz adalah seorang model.


SYARIKAT SENDIRI
Pada tahun 2004 Aaron Aziz telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Aaron Aziz Productions yang di usahakan bersama isterinya Diyana Halik dan beroperasi di singapura. Selain berlakon, Aaron juga mencuba bakat dalam bidang pengarahan dan menerusi Syarikatnya sendiri, Aaron muncul dengan buah tangan pertamanya yang berjudul,Kekasih Awal dan Akhir.



BERHIJRAH
Menyedari hakikat bahawa rezekinya terbuka luas di malaysia, Aaron telah berhijrah ke negara ini pada tahun  2006 dan terpaksa berkorban dengan meninggalkan seketika anak dan isterinya pada masa itu untuk memberi fokus kepada kerjayanya disini. Namun beliau tidak selesa dengan keadaan itu lalu pada tahun 2007 Aaron mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Tahun ini, selepas lima tahun di malaysia, Aaron sekeluarga dikatakan sudah bersedia untuk memohon status penduduk tetap di negara ini.

BIODATA
Nama: Aaron Mustapha Aziz
Nama Komersial: Aaron Aziz
Umur: 35 tahun
Tarikh Lahir: 23 Feb 1976
Asal: Tampines,Singapura
Kerjaya: Pelakon,Model
Status: Berkahwin
Isteri: Diyana Halik
Anak: Danish Anaqi,Dwi Ariana,Dahlia Arissa




DUNIA LAKONAN

FILEM
KL Drift
KL Drift 2
Bohsia
Shh Dia Datang
Ombak Rindu

Pisau Cukur
Datin Ghairah
2 Alam
KL Gangster
Endless Days

DRAMA (MALAYSIA)
Suspek
Janji Diana 1,2 and 3
Permintaan Aisyah
Haryati II
Sumayyah
Emil Emilda
Bulan Bertemu Matahari
Sadiq and Co
Cinta Gila
Rahsia Hati
Kasih tercipta
Tangkal Besi
Akinabalu
Habil Dan Qabil
Nora Elina
Stanza Cinta

TELEMOVIE (MALAYSIA)
Dilemma Wanita
Cahaya Kasih
Malam 7 likur
Oh Ibu
Wira Malam
Hang Tuah
Hana Hani Strawberi
Santau
Cinta Lelong
30 Hari Mengenali Cinta
Singgahsana Cinta
Karma Salina
5 Disember
Lepaskan Aku Pergi

DRAMA (SINGAPURA)
Channel 5:
A War Diary
Heartlanders 1
Heartlanders 2
Heartlanders 3
Heartlanders 4
Lightyears
Missing
Phua Chu Kang Sitcom Series
Living With Lydia Sitcom Series
My Sassy Neighbor Sitcom Series
Lft Adnan Life Story

SURIA CHANNEL
Cinta Q
Garisan Takdir
Jeritan Sepi 1
Jeritan Sepi 2
Penghujung Rindu
Cinta Bollywood 1
Cinta Bollywood 2
Fiesta Komedi 1

KEJAYAAN


Loreal Spokesperson 2008-2010
Astro Spokesperson 2008-2009
Celcom Spokesperson 2008
Drive M7 Spokesperson 2011

Best Supporting Actor (KL Drift 2) - Anugerah Skrin
Nominated for Most popular Actor TV and Film
(Malaysia) - ABPBH 09 and 10
Nominated for Most popular Actor (TV)
(Malaysia) - ABPBH 07 and 08

Suria's Most Popular Male Artiste
Best Performance in A Comedy Role
Suria’s Top 3 Most Popular Artiste
Suria's Most Popular Artiste
Best Supporting Actor 2002

Cleo's 50 Eligible Bachelor
Manhunt Mr Personality
Manhunt Mr Charming
ANTARA WATAK DALAM LAKONAN


Joe - Evolusi KL Drift
Zack,Dato' Mahfuz - Datin Ghairah
Azam- Bohsia
Sebagai Ari dalam - Pisau Cukur
Haji Ishak- Dua Alam
Hariz-Ombak Rindu
Haikal-Janji Diana
Sebagai Irfan dalam Stanza Cinta
Malek-KL Gangster
Sebagai Andili - Akinabalu
Seth Tan - Nora Elina

Klik Sini


p/s Gua doakan kejayaan Aaron berterusan

2 ulasan:

Nor iZzaTul izRin ZakAria berkata...

i Love You AARON AZIZ :D

Kak Gee berkata...

Dulu aku selalu berforum dgn kengkawan dan adik beradik aku. siapa selepas eman manan? Rosham Noor? Rupa-rupanya Aaron Aziz.