ADAKAH KAMU SEORANG EGOIS?
APA YANG KAMU DAPAT APABILA KAMU SEORANG YANG EGOIS?
5 KESAN UTAMA DALAM HIDUP KAMU APABILA KAMU EGOIS
DI JAUHI RAKAN
Siapa yang suka kalau hidupnya ditentukan oleh orang lain. kalau tak ikut boleh timbulkan pergaduhan tapi kalau diturutkan terasa diri diperbodohkan pulak..hai....,jadi jalan terbaik adalah menjauhkan diri. Ha,dalam hal ni lambat laun kamu akan kehilangan rakan seorang demi seorang kerana mereka tak tahan dengan perangai kamu.
SUSAH DAPAT KEKASIH
Mana ada orang yang suka dan tahan bila kekasihnya ada sikap ego yang tinggi. Biasanya orang ego ni memang keras kepala,yang dia tahu dia saja yang betul. kalau dah tiap hari bergaduh rasanya hubungan takkan kekal lama.lepas tu orang lain pun akan takut mendekati kamu apatahlagi kalau nak 'kapel' dengan kamu.
TIDAK PERNAH BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Orang egois juga sebenarnya tidak pernah mengakui kesilapannya sendiri. Tiada keinginan untuk belajar memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik.ini disebabkan oleh sikap egonya yang terlalu tinggi hingga menyekat dirinya untuk berubah.
JADI BAHAN UMPATAN
Kamu akan selalu jadi bahan cerita orng lain,terutama dari rakan-rakan yang tidak puas hati dengan perangai kamu.sampai bila?
MUDAH KECEWA
Tidak salah kalau kamu menyahut cabaran, Akan tetapi biarlah mengikut kemampuan diri. Biasanya orang ego pantang dicabar,dan akan bermati-matian melakukannya tapi bila dah gagal kamu akan kecewa yang teramat sangat sehingga tak boleh menerima kegagalan kamu. Jadi ego biarlah bertempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan