followers

busuk.org

Selasa, 25 Februari 2014

Positif Hadapi Pertengkaran





Positif Hadapi Pertengkaran

Assalam...
Sebelum ape-ape, gua nak tanya ade tak antara korang yang xpernah bertengkar atau bergaduh dengan rakan,kawan atau sahabat mase kecik-kecik (zaman kanak-kanak) dulu?? hehehehe.... tipulah kalau takde kan..? kan..? tapi gaduh mase kecik-kecik lain,  gaduh hari ni,esok dah berbaik semula..hehe..kadang-kadang tu tak sampai pon ke petang dah jadi geng balik.. (pengalaman) kihkih...



Tapi semua tu sebenarnya adalah lumrah dalam kehidupan. masuk zaman dewasa pun benda tu tak lari daripada kita. tapi elakkan!! sebabnye macam yang gua cakap tadi,zaman kanak-kanak bila timbul perbalahan sesama rakan,menangis dan merengek macam mana sekalipun, tetap jugak jadi geng (berbaik) dalam masa yang tak lama. tapi bila wujudnya perbalahan dalam usia meningkat dewasa ini agak payah nak berbaik semula. bukan tak boleh tapi kebiasaannya akan mengambil mase yang agak lame. so elakkan oke?
tapi sekiranya terjadi jugak, haaa kat sini gua ada sedikit tips yang sangat-sangat berguna untuk semua.

1.  Apabila berlaku selisih faham dengan rakan korang, jangan sesekali libatkan tindakan fizikal. maksudnya jadi tony jaa la kan..tak pun jadi ajib ke..hehe.. sebabnye bila benda tu berlaku, maka akan timbul perasaan trauma pada salah seorang. bertengkar tak semestinya berakhir dengan beradu kekuatan. otak kene positif der..

2.  Jangan lontarkan kata-kata pedas yang kaw-kaw punyee...sket-sket cukuplah, dan yang penting jangan di ulang-ulang perkataan yang sama. sebab pihak 'lawan' selalunya tak hirau sangat bila ada sesuatu perkataan yang ditujukan kat dia. tapi kalau kerap kali dengar ayat yang same..dusss memang bedesing telinge dibuatnye.. silap haribulan kerusi melayang woo. hahaha..

take 5 untuk iklan..
kalau osman baku nampak ayat gua ni..dah sah-sah gua ni digelar pengkhianat bangsa.kihkih... takpe-takpe maaf pakcik ehh..?

3.  Walaupun korang memang rakan yang tersangatlah akrab, tapi korang kene ingat,tak semua isu atau hal disekeliling korang, korang punya pandangan atau pendapat yang same. so daripada sinilah wujudnya perselisihan faham.. kita ambik cerite pasal kejadian kat stadium larkin baru-baru ni sebagai contoh. konon je lah kan.. korang percaye dan yakin yang jdt bukanlah pencetus pergaduhan, dengan fakta dan bukti-bukti yang korang anggap kukuh itu,maka korang akan sehabisnye mempertahankannya. tapi sebaliknya pulak pada pandangan kawan korang, dia pun akan cuba mempertahankan t-team berdasarkan alasan yang dia ada. bila dah masing-masing berhujah maka konflik akan timbul. ape jadi? kalau dah dua-dua kebetulan punya ego yang tinggi, maka peranglah jawapnye. so ambik keputusan bijak,tunggu dan lihat saja atau abaikan benda-benda remeh macam tu..orang punya hal korang pulak yg gaduh.! ape kes..?

hahaha nak ulas sket sal jdt lwn t-team tu.. gua bukan nak citer sal perbalahan dorang, tapi gua tertarik dengan tindakan salah seorang yang terlibat.. sanggup bersumpah pegang al-quran demi kecintaannya kat negeri sendiri dan sanggup pulak belakangkan pasukan sendiri.. cerite ni ade moralnya.. berkisar tentang sebuah pengorbanan dan semangat jati diri.. masing-masing punya pendapatlah kan..? (tegur gua jika gua salah).

sambung lagi..

4.  Ok! akhir sekali, prinsip 'win for win solution' adalah tindakan yang paling tepat korang kene ambik.
menatang ape pulak tu? haa..prinsip yang membawa kemenangan kepada kedua belah pihak..so adillah kan..same-same keluar modal,untungnya pun kenelah bagi same rata. tiada pemenang tiada pengalah wakaka..yang paling penting jangan malu untuk meminta maaf walaupun korang rase korang yang betul. belajar bertenang belajar bersabar rahmatnya lebih. (sedang muhasabah diri) ..........................

rakan-rakan diluar sana, dalam kehidupan ini, kadangkala kita 'terpaksa' melalui sesuatu yang perit,sesuatu yang akan tertanam dalam otak kita sampai bila-bila.. iaitu perkara atau kejadian yang memungkinkan kita akan sesali sampai bila-bila akibat dari perlakuan negatif kita sendiri. tapi semua itu adalah proses untuk kita agar kita menjadi yang lebih baik, proses yang kita kene lalui sebelum kita menjadi lebih matang. so sebaiknye jangan menyesali benda yang dah terjadi melainkan kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku itu....segala-galanya kene dihadapi dengan positif..
maaf adalah permulaannya..


p/s tibe-tibe teringat arwah ayah... al-fatihah