followers

busuk.org

Sabtu, 25 Ogos 2012

5 Tips Membentuk Kepercayaan Kepada Pasangan Anda



As'salam..

Taknak cakap banyak, korang baca jer tips kat bawah ni hehe..selamat mencuba :)

5 Tips Membentuk Kepercayaan Kepada Pasangan Anda 

1. Percaya pada diri sendiri & pasangan. 
Cuba untuk percaya kepada diri sendiri & elakkan untuk selalu berfikiran negatif. Berikan kepercayaan anda kepada dirinya. Kalau tidak memakan hati. Nanti asyik fikir yg negatif je sampai pekerjaan tergendala sebab asyik nak layan perasaan anda. Berilah peluang juga kepada pasangan, Dialah pilihan anda, semestinya anda telah membuat keputusan yang betul. Itulah asas yang penting dalam membentuk kepercayaan kepada pasangan

2. Masa
Jangan fikir kita akan dapat kepercayaan pasangan dalam sekelip mata. Masa mengambil peranan di dalam membentuk kepercayaan & menguatkan perhubungan anda dengan pasangan. Ambil masa untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam.

3. Berlaku adil terhadap pasangan.
Oleh sebab kita pernah mempunyai bekas teman lelaki/wanita yang suka menipu, kita mudah untuk membandingkan bahawa semua lelaki/wanita sama sahaja. tentu ianya tidak adil. Berilah peluang kepada pasangan anda untuk menunjukkan kejujuran dirinya. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

4. Komunikasi
Komunikasi memainkan peranan utama dalam setiap perhubungan. Kita akan dapat menilai dan mengenali dirinya dari segi pertuturan bahasa, tingkah laku dan pandangan matanya. Banyakkan berbicara dengan dia supaya tiada salah faham diantara kalian berdua di kemudian hari. Dan kalau boleh jangan suka berahsia dari pasangan ( bagitau yang penting jer)

5. Persefahaman
Inilah salah satu sebab kita susah nak meletakkan lepercayaan terhadap pasangan kerana kita susah nak faham tentang dirinya. Cuba untuk meletakkan situasi dia kepada diri kita, Kalau kita masih tertanya-tanya mengenai sesuatu, cuba untuk minta penjelasan darinya secara berlembut.


p/s sabah dan pahang tak jauh :)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me