followers

busuk.org

Isnin, 6 Ogos 2012

Olimpik 2012: Bolt pecah rekod olimpik


As'salam



Seperti yang diramalkan, Pelari pecut sensasi dari Jamaica, Usain Bolt memenangi emas dalam acara 100m Sukan Olimpik 2012 dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat, di Stadium Olimpik London (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin masing-masing dari Jamaica dan Amerika Syarikat, menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bolt, 25, muncul sebagai atlet kedua memenangi emas dalam acara 100m dalam dua temasya berturut-turut. Atlet terdahulu mencatatkan rekod sedemikian ialah Carl Lewis dari Amerika Syarikat.

Keputusan akhir 100m di Olimpik 2012 London:

1. BOLT Usain (Jamaica) 9.63 saat
2. BLAKE Yohan (Jamaica) 9.75 saat
3. GATLIN Justin (AS) 9.79 saat
4. GAY Tyson (AS) 9.80 saat
5. BAILEY Ryan (AS) 9.88 saat
6. MARTINA Churandy (AS) 9.94 saat
7. TRI THOMPSON Richard (Belanda) 9.98 saat
8. JAM POWELL Asafa (Jamaica) 11.99 sat

Evolusi rekod 100m

9.63 Bolt, Beijing 2008
9.69 Bolt, Beijing 2008
9.72 Bolt, New York 2008
9.74 Powell, Rieti 2007
9.77 Powell, Athens 2005
9.79 Greene, Athens 1999
9.84 Bailey, Atlanta 1996
9.85 Burrell, Lausanne 1994
9.86 Lewis, Tokyo 1991
9.90 Burrell, New York 1991
9.92 Lewis, Seoul 1988
9.93 Smith, Colorado 1983
9.95 Hines, Mexico 1968

Sumber: Sinar Harian

Shah Rukh Khan didenda RM5.59 kerana merokok


As'salam


MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin.

Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya.

Info: Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders.

Sumber: Kosmo

Bot solar terbesar di dunia (gambar)

As'salam


Inilah bot solar yang terbesar di dunia (gambar). ia dinamakan sebagai Turanor PlanetSolar.
bot solar ini dikuasakan sepenuhnya oleh sel solar yang disediakan oleh syarikat Sunpower Corporation.
bot sepanjang 31 meter ini dibina dengan kos sebanyak 12.5 juta euro (RM47.97 juta) oleh seorang ahli perniagaan Jerman. dikhabarkan bot solar ini kini berada di Malta selama seminggu untuk tujuan promosi.
ia sebelum ini telah mencipta rekod kerana bejaya mengelilingi dunia dengan menggunakan kuasa solar.

Datuk Lee Chong Wei bersara dari dunia Badminton?


As'salam



Harapan rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Sukan Olimpik musnah apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan pemain China, Lin Dan dalam final acara perseorangan malam tadi.
Chong Wei tewas 21 -15, 10 - 21, 19 - 21  dalam permainan tiga set yang cukup menghiburkan.

Dan satu lagi perkhabaran bahawa perlawanan akhir malam tadi adalah aksi terakhir dari Chong Wei.
beliau dikhabarkan telahpun mengumumkan persaraannya dari dunia badminton. samada benar atau tidak berita ini gua sendiri tidak pasti. namun apapun gua berterima kasih kepada Chong Wei atas sumbangan beliau yang banyak mengharumkan nama negara di persada dunia. 

Tahniah Datuk ! kau kebanggaan kami !

InfoDatuk Lee Chong Wei meninggalkan dunia badminton dengan rekod 42 Emas, 22 Perak dan pernah bergelar sebagai pemain No.1 dunia selama 200 minggu.