followers

busuk.org

Sabtu, 4 Ogos 2012

Disemadi dalam keranda gitar

As'salam



LONDON: Seorang bekas pemain gitar kumpulan rock era 1960-an disemadikan dalam keranda berbentuk alat muzik itu, semalam.

Pernah menganggotai kumpulan The Ramrods, John Graham dikebumikan dalam keranda berbentuk gitar Fender Stratocaster sepanjang kira-kira tiga meter. Kakitangan yang mengendalikan urusan mayat Graham menghasilkan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan keranda berkenaan yang dicipta sempena gitar kegemaran pemuzik terbabit.

Balu Graham, June, 63, berkata keranda itu adalah penghormatan paling sesuai diberi untuk suaminya.

Sumber: Mymetro

Juara Imam Muda musim ke-3 (gambar)


As'salam


Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi menjadi saksi Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, atau Imam Muda Jabar dinobatkan sebagai juara ketiga program realiti tersebut selepas Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagai juara untuk dua musim sebelum ini. 

Tahniah Imam Muda Jabbar..

Olimpik 2012: Mampukah emas pertama kita miliki?


As'salam


Kontinjen Malaysia kini secara tidak rasminya sudah tersenarai antara negara yang telah memiliki pingat di Sukan Olimpik London 2012. namun kilauan warna pingat itu belum lagi dapat dipastikan samada emas atau perak. kejayaan pemain badminton No2 dunia, Datuk Lee Chong Wei jelas menceriahkan kontinjen negara
bahkan seluruh rakyat malaysia kini seolah sedang berpesta menyambut kemenangan Chong Wei malam tadi.
dalam perlawanan peringkat separuh akhir, Chong Wei berjaya menjinakkan Chen Long dari China dengan keputusan 21-13,21-14 dalam masa 54 minit.

Impian untuk memiliki pingat emas pertama kini bakal dapat direalisasikan namun segalanya bukan mudah kerana lawan yang menanti adalah seteru utama yang juga pemain No1 dunia, Lin Dan. pemain yang memiliki tahap permainan yang luarbiasa dan amat liat untuk ditundukkan. hanya dengan momentum, fokus serta semangat perjuangan yang tinggi saja mampu membawa Chong Wei ke tahap kegemilangan disamping doa seluruh rakyat malaysia. emas pasti boleh kita genggam !!

p/s harapan juga kepada pasangan bergu negara..go for gold!!