followers

busuk.org

Jumaat, 3 Ogos 2012

NOAH, Nama baru kumpulan Peterpan


As'salam


Kumpulan terkenal dari Indonesia, Peterpan, kini mula mengorak langkah untuk terus mewarnai bidang seni selepas pembebasan vokalis utamanya, Ariel hampir dua minggu yang lalu.

Namun kemunculan semula mereka kali ini tidak lagi dikenali sebagai Peterpan sebaliknya nama NOAH dipertaruhkan untuk kembali bersaing di persada seni. penjenamaan semula kumpulan ini dilihat seakan mendapat satu semangat baru untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka yang sedikit tercemar dengan skandal yang melanda Ariel. NOAH kini sedang menjalani proses akhir menyiapkan album terbaru mereka yang dikhabarkan telah siap 80 peratus untuk dipasarkan kepada peminat mereka di luar sana.

Sebelum ini, kes Ariel telah menggemparkan semua peminatnya dengan penyebaran video aksi seks dengan bekas kekasihnya, Luna Maya dan juga aktress serta pengacara terkenal, Cut Tari pada 2010.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) oleh Mahkamah Daerah Bandung pada 31 Januari tahun lalu selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua artis wanita terbabit.

Bagaimanapun, dia telah diberi pembebasan bersyarat pada 23 Julai lalu setelah dia menjalani hukuman dengna berkelakuan baik. antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

NOAH dianggotai oleh Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza 

p/s kagum dengan anggota lain band ini yang terus setia bersama ariel.

Gempar! Lingkaran misteri muncul di Amerika Syarikat


As'salam


SEATTLE - Penduduk di sekitar, Wilbur, timur Washington gempar dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Pemilik ladang itu, Greg dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse. 

Sebelum ini, lingkaran misteri sering dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing dan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) yang boleh ditemui di beberapa negara. di Amerika Syarikat saja, sudah banyak kali kejadian seperti ini berlaku. atau apakah ini perbuatan dari manusia sendiri ? kalau iya, 
apa plak agendanya? hmmmm... memang misteri !!

Sumber: Sinar Harian

p/s asal muncul aje,mesti kat ladang gandum..pelik!

8 Amalan penambahan rezeki

As'salam..

8 Amalan penambahan rezeki

1. Memperbanyak istighfar dan bertaubat.
Firman Allah: Maka aku katakan pada mereka:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu, dan membanyakkan harta dan anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai" 
(Surah Nuh:10-12)

2. Meningkatkan ketaqwaan.
Firman Allah: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya"
S(urah At-Thalaq:2-3)

3. Gemar membuat tali silaturahim.
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ingin dilapangakan rezekinya dan ingin dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.
(Bukhari&Muslim)

4. Menunaikan ibadah haji dan umrah.
Rasulullah SAW bersabda: Lakukan haji dan umrah, kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi,emas dan perak.
(Ahmad)

5. Gemar mendermakan harta.
Firman Allah SWT: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(Surah Saba':39)

6. Membiasakan ibadah dengan benar.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman "Wahai anak adam, sibukkanlah untuk beribadah kepadaku nescaya Aku akan penuhi dadanya dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu.jika tidak kamu lakukan, nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukkan dan tidak Aku tutup kefakiranmu."
(Ahmad)

7. Hijrah di jalan Allah (fisabilillah).
Firman Allah SWT: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapat di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak, Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
(Surah An-Nisa':100)

8. Tawakkal kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: Seandainya kalian mahu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberi rezeki, pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.
(Ahmad & Tirmidzi)


Sumber: Facebook

Taktik licik dua beradik akhirnya terbongkar!


As'salam


Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan akhirnya terbongkar.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika dua beradik berkenaan sedang mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 dengan memakai jubah dan bertudung labuh.

Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan. mereka juga dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.

Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu juga turut melakukan penipuan kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan. lebih malang lagi ketika pegawai JKM menyuruh kedua-duanya mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya hanya diam kerana tidak tahu.

Sumber: Kosmo

p/s dah tua pun sanggup menipu..? ish ish ish..

7 mata yang dicintai Allah


As'salam





7 mata yang dicinta Allah

~ Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada jalan Allah SWT.

~ Mata yang berjaga malam di jalan Allah SWT.

~ Mata yang menitiskan air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.


~ Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah SWT.


~ Mata yang memandang dan membaca Al-quran, mengambil pengajaran serta mengamalkannya dalam kehidupan.


~ Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.


~ Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.


p/s syukur dikurniakan mata yang boleh melihat keindahan ciptaan tuhan