followers

busuk.org

Selasa, 31 Julai 2012

PBIK LANCAR 'KEMPEN YANG LAIN TIDAK DILUPA'


As'salam



Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu (PBIK) telah melancarkan 'KEMPEN YANG LAIN TIDAK DILUPA'
kempen ini bertujuan untuk mengumpul derma dari orang perseorangan,organisasi atau sesiapa saja yang prihatin untuk didermakan kepada anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua di sekitar kota kinabalu.
Derma dalam bentuk pakaian,beras,atau apa saja turut dialu-alukan

Kempen telah bermula pada (27Julai2012) lalu sehingga seminggu sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri.
untuk maklumat dan sebarang pertanyaan 
sila hubungi:
0111-9538363 (En.Hanafi)
014-9513484 (Kyle)

atau anda boleh ke laman facebook 

"marilah sama-sama kita beramal dan bersedekah"

p/s rakan2 di semenanjung juga adalah dialu-alukan untuk turut sama menderma..

Syaleza mati akibat dijerut


As'salam


Kematian Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, disahkan akibat dijerut dileher.
perkara ini disahkan polis selepas keputusan bedah siasat keatas mayat mangsa yang menunjukkan mangsa menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas.

Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.  lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “  -Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Sumber: Kosmo