followers

busuk.org

Ahad, 29 Julai 2012

Mangsa pertama letupan mercun (gambar)


As'salam



Dua cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini semalam.
menurut laporan akhbar, ini adalah kes pertama yang melibatkan kecederaan kerana bermain mercun.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, kanak-kanak terbabit Tuah Mohd Hafiz Mohd Razli, 9, cedera di dahi dan badan sementara jirannya Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri. 

p/s hairan jualan mercun semakin berleluasa..

Benarkah lubang ini pintu ke neraka?


As'salam


Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet telah melakukan kerja-kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan. tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter. 
Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun. namun sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini. ianya dapat dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze.

Bayangkan lubang ini terbakar hampir 40 tahun dan ianya tidak pernah padam dan sukar untuk dipadam.
tidak kurang juga yang menggelarnya 'pintu ke neraka'. 

Ya Allah, sungguh besar kekuasaanMu tetapi kenapa masih ramai yang lalai dan tidak pernah takut akan kebesaranMu Tuhan.. ? sesungguhnya apa yang digelar 'pintu ke neraka' ini hanyalah sisa-sisa dari bahang api neraka saja. kerana dasyatnya api neraka itu tidak dapat dibayangkan.