followers

busuk.org

Sabtu, 28 Julai 2012

Kayu ajaib jadi tumpuan


As'salam


Sebatang kayu di Kampung Prey Yeang, wilayah Pursat, Phnom Penh menjadi tumpuan ribuan orang yang percaya ia mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit dan meramalkan nombor tiket loteri yang akan menang, kata beberapa pegawai kelmarin.

Kayu itu sepanjang 13 meter dan ditemui pada awal bulan ini semasa sebuah keluarga menggali sebuah kolam. dikatakan kira-kira 4,000 hingga 5,000 orang telah mengunjungi lokasi kayu tersebut.

p/s ish ish ish..kayunye pasal heboh sekampung

Guru agama maut dalam kemalangan ngeri


As'salam




Pagi tadi gua dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang melibatkan rakan yang juga bekas guru di sekolah tempat gua bertugas..ya Allah dugaan apakah ini..sedih dan sebak bila membaca laporan ini..

TUARAN: Seorang guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka di sini terbunuh setelah Proton Myvi yang dipandunya bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 5.9 Jalan Sulaman, petang kelmarin.

Mangsa Ahmad Fauzan Madrih, 33, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Menurut saksi kejadian, mangsa dipercayai tersalah masuk ke laluan bertentangan sebelum Toyota Hilux yang dinaiki oleh tiga lelaki tempatan merempuh kenderaan mangsa.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki yang menaiki Hilux terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian terbabit yang berlaku sekitar jam 2.55 petang.

Beliau berkata, mangsa difahamkan menuju ke Tuaran melalui jalan terbabit dan tidak semena-mena tersalah lorong sebelum bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah tersalah lorong secara tiba-tiba lalu bertembung dengan Toyota Hilux berkenaan.


“Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa hancur remuk,” katanya sambil menambah kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sementara itu, Zaharudin menasihatkan pengguna jalan raya untuk berhenti rehat sebentar sekiranya berasa letih bagi menangani kemalangan terus meningkat terutamanya di bulan Ramadan ini.


“Para pemandu dinasihatkan untuk lebih berhati-hati bagi mengelak kemalangan sebegini terjadi. Sekiranya letih kita minta pemandu-pemandu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan semula,” katanya.

-Borneo Post

p/s selalu duduk sembang dgn arwah..
al-fatihah.

Rangka bot firaun ditemui


As'salam



KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar. pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir.

Sumber: Kosmo