followers

busuk.org

Khamis, 26 Julai 2012

Kapal tangki Bunga Alpinia terbakar di Labuan (gambar)


As'salam


Sebuah kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad, meletup dan terbakar awal pagi tadi di Labuan.

Kapal  Bunga Alpinia, terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha. kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. sebelum kejadian kapal berkenaan dikatakan sedang mengisi minyak sebelum meletup dan menggegarkan beberapa kawasan berhampiran.

Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu dilaporkan telah mengorbankan nyawa seorang anak kapal manakala 5 yang lainnya cedera. mangsa yang terkorban ialah Syahril Azmi Baharudin warga tempatan yang dipercayai melecur. manakala operasi bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih diteruskan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Kejadian ini turut dikaitkan dengan kejadian ribut petir awal pagi semalam.






Gambar ini dirakamkan mlm tadi ketika kejadian ribut petir,
ia juga dikaitkan dengan kebakaran kapal tangki bunga alpinia.

Sumber gambar: Facebook

p/s terima kasih kepada rakan2 dan saudara gua yang bagi info..

Majlis berbuka puasa dan kerja amal


Perhatian kepada semua blogger yang ada di SABAH ni.
(cakap sabah dulu aku ar)

Majlis berbuka puasa dan amal sesama blogger akan diadakan pada 11 Ogos 2012
di Grace Point,Sabah bermula Jam 4 petang..

Event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers yang ada di Sabah ni ..
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ni , marilah kita sama-sama mengeratkan silaturahim dan memajukan lagi blogger yang ada di Sabah.

DOMAIN(.my) akan diberi kepada 3 blogger bertuah sponsor by Abdur Rozak

Event amal masih lagi dalam cadangan.. Siapa yang ada cadangan sila kemukakan.

Cadangan 1 
Kumpul derma ikhlas untuk Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz yang pertama di Sabah.
(Bandar Siera, Kota Kinabalu Sabah)


Setiap seorang kena bayar dalam  RM20/orang termasuk Makan + T-Shirt "Sabahan Blogger"
Pembayaran T-SHirt sila berurusan dengan Mohd Billy. eh ! kalau nda silap, aku bah ni kan..

Siapa yang mulia hati bagi sponsor pun okay gak :)

Sapa yang berminat join sila PM Emas Putih II
atau sila tinggalkan jejak :)

"kalau bukan kita siapa lagi bah kan"
(sebarang perubahan tertakluk pada keadaan)