followers

busuk.org

Jumaat, 13 Julai 2012

Tanda-tanda iman semakin lemah

As'salam..

Antara tanda-tanda iman semakin lemah...

  1. Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah
  2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh 
  3. Tidak kusyuk ketika solat
  4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir
  5. Tidak bersabar apabila menerima ujian 
  6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja
  7. Meninggalkan al-Quran tanpa dibaca
  8. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya 
  9. Tidak berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.;
  10. Tidak melakukan apa-apa pun bila mendengar bacaan ayat suci al-Quran
  11. Menyuruh orang buat baik tetapi diri sendiri tidak melakukannya
  12. Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara buruk yang menimpa orang lain
  13. Tidak ambil kisah pada makruh, hanya peduli perihal haram sahaja
  14. Mentertawakan orang yang melakukan kebaikan, seperti membersihkan masjid
  15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam
  16. Tiada tanggungjawab untuk ikut kemajuan agama Islam
  17. Suka berdebat walaupun tiada bukti
  18. Lalai dan obses kepada diri sendiri
  19. Terikut-ikut budaya luar yang bertentangan dengan agama
  20. Tidak menjaga aurat
p/s usaha dan terus berusaha menjauhi perkara dilarang....iman kena kuat :)

Sunnah dan adab hari Jumaat

As'salam..

Mari kita pelajari dan renungkan bersama tentang sunnah-sunnah dan adab-adab di hari jumaat..

- Mandi dan membersihkan diri bagi yang menunaikan solat jumaat
- Memotong kuku
- Mencabut bulu ketiak,menggunting misai,mencukur bulu ari-ari
- Memakai wangi-wangian,minyak rambut
- Memakai pakaian yang cantik dan bersih (warna putih sangat digalakkan)
- Membaca surah al-Kahfi pada malam jumaat dan siangnya.
- Memperbanyakkan selawat keatas Rasulullah SAW.
- Memperbanyakkan doa.
- Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti sedekah.
- Datang awal ke masjid.
- Mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid.
- Diam ketika khatib membacakan khutbah.
- Makruh melangka tengkuk atau bahu orang lain untuk ke saf hadapan.

Katakanlah (wahai Muhammad) "Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu akan dikasihi Allah" (Surah al-imran :31)

Mari kongsikan bersama..

Sumber: Al-Quran Digital Read Pen

Kereta ketua gangster AS dilelong


As'salam


Sebuah Cadillac V-8 yang pernah dimiliki oleh ketua gangster Amerika syarikat (AS), Al Capone akan dilelong. kereta keluaran 1928 itu yang juga merupakan kereta kalis peluru terawal pernah dihasilkan dijangka
akan dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta). 



Al Capone atau nama sebenarnya Alphonse Gabriel Capone yang berketurunan Itali ini merupakan ketua gangster di Amerika sekitar 1920an - 1930an.