followers

busuk.org

Rabu, 11 Julai 2012

Inilah permukaan planet marikh

As'salam



Gambar ini dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang menunjukkan permukaan planet marikh. ia dirakam menggunakan Opportunity, iaitu sebuah kenderaan penjelajah di planet itu yang dimiliki oleh NASA.

Sumber:

p/s benarkah ada kehidupan di marikh?...

Serangan pirana di China


As'salam


Seorang lelaki diserang seekor ikan pirana ketika sedang memandikan anjingnya di tepi sungai Liujiang,
Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang  di selatan China.
 
Mangsa, Zhang Kaibo,31, mengalami luka yang serius pada bahagian tangannya akibat serangan itu, beliau juga sempat menangkap ikan itu dan membawanya pulang ke rumah tanpa menyedari ia adalah spesis ikan pemakan daging yang kebiasaannya terdapat di sungai Amerika Selatan. namun setelah mengamati dan melihat pada gigi ikan itu, beliau terkejut dan yakin ia adalah pirana !
Pihak berkuasa tempatan percaya kewujudan pirana itu mempunyai hubung kait dengan kegiatan penyeludupan haiwan eksotik yang diharamkan di negara itu.

p/s  sungai belakang rumah terbiar....

Wordless Wednesday 11 | ini geng gua


As'salam



unik tak kucing gua?


Blog ini tiba-tiba pemes !

As'salam...

Ini bukan review blog dari mana-mana segmen..gua saje nak kaber-kaber pasal blog ini (bukan blog gua)
tiba-tiba blog ini naik mendadak..banyak komen-komen baru korang boleh jumpa kat blog ini.
tapi yang peliknya admin tak reply pon semua komen-komen tu...kenapa ek?

Blog yang gua maksudkan ialah jaya negara. jangan sentap ! bagi mereka-mereka yang mengenali blog ini dah tentunya faham kenapa adminnya tak reply mana-mana komen. jauh sekali post entri baru. sebabnya..,
kalau korang nak tahu pemilik blog ini sebenarnya dah jadi arwah akibat ditembak mati oleh polis beberapa hari yang lalu dalam satu kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut. dipercayai jugak si mati adalah pengikut ajaran sesat dan kononnya menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi'.
Seram jugak gua bila pertama kali ke blog arwah..gua seram bukan kerana blog itu milik orang yang dah mati, yang pergi tetap pergi..tapi gua seram bila baca entri-entri yang terkandung didalamnya..rasa lain macam..
seperkara lagi bila gua tengok pada profile si penulis (arwah). korang tak rasa ke apa gua rasa? ah ! kalau korang nak tahu jawapannya, korang 'terjah' la sendiri blog ini.

p/s ramai kata tak dapat akses ke blog si mati..
p/s seram masa buat entri ni.. al-fatihah buat arwah..