followers

busuk.org

Isnin, 9 Julai 2012

Peniaga terkejut temui 'durian' dalam durian

As'salam



Jika sebelum ini berita tentang penemuan buah betik 'kecil' dalam sebiji betik yang mengejutkan seorang peniaga sebuah gerai buah-buahan, kali ini kejadian yang sama turut dialami oleh seorang lagi peniaga.

Rosli Deraman, 40- an, seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor,Kota Bharu, terkejut selepas mendapati sebiji daripada durian yang dijualnya merekah lalu mengeluarkan sebiji lagi durian lain yang lebih kecil.

Menurutnya, sepanjang menjalankan perniagaan disitu, itulah kali pertama beliau melihat dan mengalami perkara seperti itu.

Kejadian itu turut disaksikan oleh seorang penggemar buah berkenaan, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.

Sumber: SH

p/s muhasabah diri...



Kenyataan menggemparkan ! makhluk asing bukan berwarna hijau


As'salam


Sebut saja makhluk asing..setiap orang akan berimaginasi dan membayangkan bahawa makhluk asing itu berwajah hodoh dan pastinya berwarna hijau seperti dalam filem2 hollywood. tetapi.....

Berita ini mungkin jawapannya !

LONDON - Tanggapan masyarakat terhadap rupa makhluk asing yang biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.

Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocock berkata, rupa makhluk asing adalah seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.

"Ia seperti obor-obor besar, lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai perut berwarna oren," katanya yang merakamkan imej itu melalui kamera satelit.

Katanya, warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk bawang berfungsi sebagai alat apungan.

“Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut, tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia boleh terapung,” katanya.

-Sinar Harian