followers

busuk.org

Sabtu, 7 Julai 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.


As'salam


Jom meriahkan 1st segmen kawan kita ni..
Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.
apakata kita join ramai-ramai !!
so, jangan segan2,klik je banner kat atas ni

Tarikh tutup : 1 OGOS 2012


Gempar! Lubang misteri di China ragut nyawa


As'salam



Sebuah lubang berkeluasan 30 meter persegi tiba-tiba terbentuk di tengah-tengah lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut nyawa seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

Mangsa yang terjerlus tidak dapat diselamatkan apabila pasukan penyelamat gagal menemui dasar lubang itu. sementara itu pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan untuk menutup lebuh raya berkenaan untuk melakukan siasatan terperinci mengenai kewujudan lubang misteri itu.

Pelbagai pendapat timbul dari kalangan ramai yang mengikuti perkembangan berita dari China ini, ada yang mengatakan lebuh raya berkenaan adalah bekas lombong yang ditimbus malah ada juga pendapat yang mengaitkannya dengan kewujudan yakjuj makjuj. walahualam..

Apapun, kita hanya mampu membuat andaian, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui kerana semua yang terjadi adalah atas kehendakNya..

p/s ramadhan bakal tiba..



18 Ciri Suami Soleh


As'salam


Mari kita kongsikan bersama tentang ciri-ciri seorang suami yang soleh..semoga kaum hawa diluar sana akan bertemu suami seperti ini..insyallah.

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


Kredit: maafkan saya kalau terkasar bahasa