followers

busuk.org

Jumaat, 6 Julai 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

As'salam



jom meriahkan !! klik banner untuk join

gua pilih hadiah No 4 

tag:


Uncle seekers positif dadah?

As'salam..

Pengendali laman blog Uncle Seekers atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam kerana didakwa memfitnah Sultan Johor hari ini bakal menghadapi satu lagi tuduhan kerana didapati positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: SH

p/s sudah jatuh ditimpa tangga... sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu makbul, maka berdoalah mohon pertolongan dariNya..tapi seandainya benar tuduhan ini,maka bertaubatlah..


Seksa Meninggalkan Sembahyang


As'salam


Seksa Meninggalkan Sembahyang

6 SEKSAAN DI DUNIA

~ Allah mengurangkan berkat umurnya
Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
~ Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
~ Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
Allah tidak menerima doanya


3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI


Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina.
Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya.


3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR


~ Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya.
~ Allah akan menggelapkan kuburnya
~ Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat.


3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH


Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
~ Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras.


DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU.


SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan
60000 tahun di dunia)


ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam.


ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)


MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.


ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


Sumber:

SILA SEBARKAN , SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA INSYALLAH.




Shard bangunan tertinggi di Eropah

As'salam


Shard, sebuah bangunan pencakar langit tertinggi di Eropah yang terletak di tebing selatan Sungai Thames dekat Jambatan London telah dirasmikan.

Bangunan setinggi 310 meter itu, 95 peratus dananya adalah dibiayai oleh Qatar.
dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Qatar, Hamad Jassem Al-Thani dan Putera Andrew.

Dengan kapasiti boleh memuatkan 12,000 orang, bangunan setinggi 95 tingkat itu akan menempatkan sebuah hotel lima bintang, ruang pejabat seluas 600,000 meter persegi dan beberapa restoran mewah serta kedai.

Info: Nama Shard diberikan oleh seorang arkitek Itali yang mereka bentuk bangunan berkenaan, Renzo Piano.

Sumber: Kosmo