followers

busuk.org

Selasa, 3 Julai 2012

Berakhirnya riwayat si Bujang Sebelak


As'salam


Setelah diburu sejak 14 hari yang lalu, akhirnya si Bujang Sebelak menemui ajalnya..
Bujang Sebelak adalah gelaran diberi kepada seekor buaya ganas yang diburu oleh penduduk di pekan Roban, Saratok, Sarawak, selepas membaham isteri ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, pada 19 Jun lalu.

Pemburuan yang diketuai oleh pawang buaya terkenal indet Sanabong, 49, akhirnya berjaya selepas buaya ganas itu memakan umpan anjing putih yang dipasang pada sebuah perangkap, tiga kilometer dari rumah panjang itu. buaya yang seberat 200 kilogram dan panjang 3.65 meter itu berjaya dibunuh dan dinaikkan selepas lebih kurang sejam mereka bertarung.

Bangkai itu disahkan sebagai Bujang Sebelak berdasarkan mata kirinya yang buta selain dua kesan tembakan pada bahagian bawah rahang kirinya. Tembakan senapang itu dilepaskan oleh penduduk pada hari buaya itu membaham Siah.

Sungai di Sarawak memang terkenal dengan buaya ganas yang sering saja menggemparkan penduduk di negeri itu. di sungai Sarawak jugalah tinggalnya seekor buaya legenda yang digelar Bujang Senang pernah mengganas sekitar tahun 80an-90an di sungai batang lupar, namun ianya masih misteri sehingga kini kerana ada yang mendakwa ianya masih hidup walaupun disahkan telah ditangkap dan dibunuh pada 22 mei 1992.

Sumber: Kosmo

p/s euro dah habis, ramadhan bakal tiba...