followers

busuk.org

Jumaat, 29 Jun 2012

Pelawak Osman Kering Meniggal Dunia


As'salam



Pelakon dan pelawak veteran Osman Kassim, 57 atau lebih dikenali sebagai Osman Kering telah meninggal dunia jam 3.45 petang tadi selepas koma lebih dua minggu dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana diserang masalah batuk kering yang serius.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi PPUKM 10 Jun lalu selepas pengsan di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras sebelum disahkan koma kerana sebelah otak pelawak itu sudah tidak berfungsi, bengkak dan mengalami pendarahan beku.

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Najihin, Cheras untuk disembahyangkan selepas Maghrib dan kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Pandan, Petaling Jaya untuk dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan balu, Che Norhayati Che Omar, 48 dan tujuh anak iaitu Mohd Al-Anas, 28, Mohd Al-Amin, 27, Nor Ain, 25, Nor Hidayah, 24, Norhidriyah, 16, Mohd Al-Adnin, 13 dan Mohd Al-Ajmie, 10

al-Fatihah...

Sumber:


Tablet Terbaru Google Dijual RM636


As'salam



Syarikat Google mengumumkan tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).

Komputer tablet itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan.

Sumber: Kosmo


Gempar! Bujang Senang Didakwa Masih Hidup


As'salam

KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 1992 memaparkan
bangkai buaya yang didakwa Bujang Senang yang ditembak di Sungai Pelaban,
 Batang Lupar, Sri Aman.

Masih ingatkah korang pada Bujang Senang? Seekor buaya legenda yang pernah mengganas dan menggemparkan penduduk Sarawak sekitar 1980-an dan 1990-an di sungai batang lupar, Sri Aman.

Mungkin peristiwa itu makin dilupai oleh semua orang, tetapi seorang pawang buaya terkenal,
Indet Sanabong, 49, dari Betong membuat pendedahan yang mengejutkan. beliau mendakwa bahawa Bujang Senang masih hidup dan pernah melihat kelibat buaya sepanjang hampir enam meter tersebut pada Ogos 2004.

Menurutnya, ciri-ciri buaya yang dilihatnya itu benar-benar menyerupai Bujang Senang yang mempunyai belang putih di belakang dan warna kulitnya kelabu.

"Saya percaya Bujang Senang masih hidup berdasarkan ciri-ciri yang ada pada buaya yang saya lihat," katanya.

Dakwanya lagi, buaya tersebut mengaku dirinya Bujang Senang selepas dia berdialog secara batin dengan reptilia itu. 

Sumber: Kosmo

p/s teringat lagu kumpulan wings...