followers

busuk.org

Khamis, 28 Jun 2012

Penjualan Galaxy Tab Diharamkan Mahkamah AS

As'salam



SAN FRANCISCO - Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple.

Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad.
Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.
bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet.


Sumber SH

p/s seronok ambik gambar christiano ronaldo menangis guna galaxy tab pas lawan spain tadi...


Facebook ubah alamat e-mel pengguna


As'salam..


Atas dasar melindungi privasi penggunanya, laman sosial Facebook telah mengubah alamat e-mel penggunanya dan menggantikannya dengan alamat yang berakhir dengan ‘@facebook.com.’ Perubahan itu berlaku semalam apabila setiap akaun e-mel peribadi individu digantikan dengan alamat yang dirasakan Facebook akan digunakan penggunanya.

Bermakna sesiapa yang mencari korang di Facebook dan ingin menghantar e-mel kini boleh melihat @facebook.com atau korang menukarnya secara manual.

Tapi gua dengar ramai juga dikalangan pengguna Facebook yang kurang berpuashati dengan tindakan laman sosial itu yang dikatakan membuat perubahan tanpa memaklumkan kepada penggunanya. hmmm no komen la..apa yang penting, kalau tindakan Facebook tu betul-betul membantu dan meningkatkan tahap keselamatan akaun penggunanya. apa salahnya... betul tak?