followers

busuk.org

Rabu, 27 Jun 2012

Blogger Cedera Dipukul

As'salam



Khabarnya seorang blogger cedera dipukul akibat pergaduhan yang berlaku pada perhimpunan dua kumpulan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

Khairul Nizam Abd Ghani, 31, yang juga merupakan pemilik blog adukataruna.blogspot.com cedera akibat dipukul oleh 15 individu lain, ekoran kejadian itu, beliau diberitakan menerima 3 jahitan di kepala.

Dua kumpulan terbabit, kumpulan menyokong Kerajaan Negeri, Royalti dan Himpunan Sedar diketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) bergaduh disebabkan perebutan kawasan untuk berhimpun.



Sumber: SH

p/s simpati


Wordless Wednesday | Pendekar ke?


saje buat kenangan




p/s ensem gak eh hehehe


Daya Ingatan Tan Sri Jins Shamsudin Merosot


As'salam..



Setiap pagi beliau berkeras untuk ke pejabat walhal bekas senator ini sudah tidak lagi berkhidmat kepada mana-mana pihak. begitulah kelakuan tokoh seniman negara, Tan Sri Dr. Jins Shamsudin, 77,  sejak akhir-akhir ini yang dikatakan kurang daya ingatan.

Menurut isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, yang mengakui perkara itu berkata, walaupun suaminya sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara pada awal tahun lalu, keinginan suaminya itu untuk bekerja masih lagi tinggi.

pernah terkenal dengan watak sebagai 'jefri zain'
Menurut isterinya lagi, walaupun memori suaminya sedikit merosot, namun beliau tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau penyakit jantung.


Sumber: Kosmo

p/s semoga tan sri diberikan kesihatan yang baik..



Pulau buatan manusia untuk dijual


As'salam


Sebuah pulau buatan manusia bakal dibina oleh sebuah firma di Austria, Demikian menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos.

Pulau buatan itu boleh terapung dan berlabuh dimana-mana lokasi tetapi tidak mempunyai enjin dan hanya boleh ditunda untuk membawanya ke lokasi lain. ianya adalah pulau pertama buatan manusia dan dijangka akan siap dibina di Slovakia dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.

Menurut Orsos, pulau itu juga bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).

Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin. dan seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.

Sumber: Kosmo

p/s gua nak beli satu huhu..