followers

busuk.org

Khamis, 21 Jun 2012

Lelaki hodoh mahu jadi model


As'salam



Selepas memenangi gelaran wajah terhodoh, seorang lelaki Zimbabwe menyimpan hasrat untuk menjadi model iklan dan ingin menjadi terkenal.

William Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan. 

Masvinu, meraih hadiah wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah selepas menewaskan empat peserta lain. 


Mogok besar-besaran pemandu teksi korea

As'salam



Lebih 200,000 orang pemandu teksi di Korea Selatan mengadakan mogok sehari di seluruh negara semalam bagi menuntut kenaikan tambang dan penurunan harga bahan api.

Mogok besar-besaran itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menyediakan perkhidmatan bas dan tren tambahan bagi memenuhi keperluan warga kota.

Kementerian Pengangkutan menyatakan, sekitar 220,000 daripada keseluruhan 255,500 pemandu teksi berlesen menyertai mogok berkenaan.

Sumber: Kosmo

p/s  kesan bila manusia bersatu hati



Chin Peng Sakit Tenat Di Bangkok

As'salam


Masih ingatkah lagi dengan wajah ini ? inilah Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

Gua bukan nak bercerita pasal latar belakang Chin Peng, sebab gua tahu semua orang memang dah kenal siapa Chin Peng. tapi gua nak kongsikan berita terbaru berkenaan beliau. Chin Peng yang kini hidup dalam buangan di Bangkok,Thailand dikhabarkan sedang sakit tenat di sebuah Hospital di kota bangkok. 

Menurut blog zamkata.blogspot.com yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Chin Peng telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Bangkok dari rumahnya yang terletak di luar ibu kota negara Gajah Putih itu setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.


Bekas pemimpin perang gerila di hutan Malaysia dan Thailand berusia 88 tahun itu juga dilaporkan sangat uzur. Zainuddin yang mesra dipanggil Zam memetik sumber-sumber rakan Chin Peng sebagai berkata bahawa ingatan Chin Peng semakin merosot sejak beberapa bulan lalu sehingga beliau kini dikatakan tidak lagi dapat mengenali orang yang menziarahinya. Chin Peng juga dikatakan telah pun bercakap mengenai kematiannya

Sumber: Kosmo


Wanita Pertama Lahir Bayi Tabung Uji Meninggal Dunia


As'salam


BRISTOL - Wanita pertama yang melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF), Lesley Brown meninggal dunia pada 6 Jun lalu. 

Lesley yang meninggal pada usia 64 tahun, telah mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise lahir di Hospital Besar Oldham.

Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.

Sejak itu, lebih tiga juta bayi telah dilahirkan menggunakan teknik yang sama.

Sumber: SH