followers

busuk.org

Isnin, 18 Jun 2012

Nazmi Faiz Tumbuk Pemain Qatar

Kerana tidak berpuas hati pada tindakan pemain lawan, Pemain sedang meningkat naik, Muhd Nazmi Faiz Mansor, telah menumbuk pemain Qatar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam. akibatnya Nazmi dilayangkan kad merah dalam perlawanan yang dimenangi skuad Harimau Muda dengan keputusan 2-0.

Ketika mengulas insiden itu, Jurulatih Harimau Muda, Kim Swee berkata, Muhd Nazmi perlu lebih matang dan tenang mengawal perasaan jika mahu berjaya sebagai pemain bola sepak.

“Nasib baik ia sekadar perlawanan persahabatan, jika tidak sudah tentu ia menjejaskan persiapan kita jika ia berlaku dalam kelayakan Piala AFC.

“Saya percaya ini pengajaran yang berguna buat Nazmi,” katanya.

Nazmi menumbuk pemain Qatar,Abdelkarim yang turut menerima kad merah selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain negara, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Skuad Harimau Muda menang menerusi hasil sepakan percuma kapten, Irfan Fazail pada minit ke-26 sebelum pemain kelahiran Sabah, Md. Rozaimi Abd Rahman menjamin kemenangan bergaya tuan rumah pada minit ke-68.

Sumber: Kosmo