followers

busuk.org

Isnin, 11 Jun 2012

Punca Sebenar Bapa Chong Wei Nak Bunuh Diri

Berita tentang cubaan membunuh diri oleh Lee Ah Chai, 59, iaitu ayah kepada pemain badminton No1 dunia,
Datuk Lee Chong Wei masih lagi hangat diperkatakan. pelbagai andaian dan spekulasi timbul mengenai perkara ini. tapi yang tahu hanya si pelaku saja atau yang keluarga terdekat.. ada yang kata kerana masalah kesempitan wang, tak dipedulikan anak-anak..dan macam-macam lagi la.. cepat sangat berita tersebar ye..

Gua sendiri tak tahu punca dan tak berani nak komen punca kepada kejadian itu..yela..kalau setakat dengar dari  sumber yang salah takut jadi fitnah plak !  kalau disebabkan oleh kesempitan hidup memang mustahil la..masakan ayah kepada seorang jutawan nak terjun bunuh diri kerana wang? logik tak? tentulah tak logik kan ? lainlah kalau anak memang betul tak peduli pasal ibu bapa.. nak jadi tanggang !

Tapi gua percaya Datuk Chong Wei bukan macam tu. ah! pedulikan la masalah orang !takyah nak sibuk jaga tepi kain orang ! (padahal dah jaga pun) biarkan dorang selesaikan sendiri..itu masalah keluarga.
cuma yang merisaukan gua, persiapan skuad badminton kita turut terkena tempias. takut plak pasal kes ni moral Chong wei jatuh merudum ketika bersiap menghadapi sukan olimpik. dah la kecederaan masih lagi terasa, ditambah plak dengan berita tentang ayahnya. fuh! banyak sungguh dugaan chong wei tahun ni..
harap-harap chong wei tabah dan menghadapinya dengan tenang.

Eh ! game sepanyol lawan itali pagi tadi korang ada tengok tak? kaber2 sket result.. ? gua tertido la plak..
k lah gua nak out.. nak praktik servis kuda ni..kut2 malaysia ambik gua jadi tekong..sape tahu kan? PSM jugak yang untung..tak la terus jadi bahan ejekan !

Dan punca sebenar bapa chong wei nak terjun tu, korang rajin2lah tengok berita..gua pun tak tahu..
wasalam

Juara EURO 2012

As'salam



Satu dunia kini tentunya memberi tumpuan pada kejohanan EURO 2012, 
acara bola sepak kedua terbesar selepas piala dunia.
tapi takkan korang tengok je kan..? sudah tentulah masing-masing ada pasukan pilihan ye dak?

Sebut pasal pasukan pilihan, gua pun tak tlepas sama..dan kalau korang nak tahu team mana 
pilihan gua, gambo kat atas ni la jawapannya..hehe..
gua memang 'diehard fan' kat team sepanyol ni...jangan silap ! gua sokong spain sejak dulu dowh..
bukan sebab dorang ni juara..jgn tataw ! aha...

Tekanan selaku juara bertahan serta juara piala dunia sudah pastinya ada,
namun harapan gua semoga team spain mampu melakukan yang terbaik untuk mempertahankan
kejuaraan !

ini adalah entri khas untuk contest 'Juara Euro 2012 pilihan Lelaki Kacak' dari 



Betik Mengandung?

As'salam


Pelik tapi benar betik ditemui dalam betik? hmmm...memang pelik..
kejadian ini berlaku di  Tampin, apabila seorang peniaga terbeli buah betik pelik yang turut mengandungi betik kecil di dalamnya selepas membelahnya.

Menurut Maizatul Adni Abdul Rauf, 26, sepanjang tempoh dua tahun dia berniaga buah-buahan, dia belum pernah melihat betik yang seolah-olah 'mengandung' itu.

Sumber: Sinar Harian

p/s pernah mengalami benda yang sama