followers

busuk.org

Jumaat, 1 Jun 2012

Gempar! Wajah Manusia Pada Batang Pokok Tembesu



MARANG- Dua rakan yang sedang membersihkan kawasan bagi membina rumah baru gempar apabila seraut wajah manusia 'tiba-tiba' muncul pada sebatang pokok tembesu yang mereka tebang.

Mohammad sulaiman, 61, dan rakannya Zakaria Ismail, 48 , langsung tidak menyedari keanehan pada pokok tersebut sehinggalah diberitahu oleh anak kepada Mohammad.

Menurut Mohammad, dia pada mulanya tidak dapat melihat wajah itu dari jarak dekat tetapi apabila beliau menjauhkan diri dalam jarak 10 meter, barulah beliau perasan akan wajah itu yang seolah-olah sedang memandang sesuatu. manakala Zakaria pula seakan tidak berani untuk mendekati pokok berkenaan kerana bimbang akan perkara yang tidak baik, tetapi beliau memberanikan dirinya mendekati pokok itu dan ternyata memang benar ada wajah manusia pada pokok tembesu itu.

Sumber: Kosmo

Derita Pemuda Sindrom Proteus

As'salam



Gelaran lelaki gergasi mungkin sudah biasa bagi dirinya, namun tiada siapa yang tahu dan memahami jiwa sebenar pemuda ini. keadaan fizikalnya sudah cukup menceritakan derita yang ditanggung oleh pemuda dari Lahore ini. Sain Mumtaz, 22 mengalami kecacatan akibat sindrom proteus, sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan beberapa anggota tubuh badannya terus membesar sehingga menyukarkannya untuk bergerak.

Pernah suatu ketika Sain mengalami kemurungan, kerana kecacatannya, dia dijauhi orang ramai sehingga dia hampir berputus asa untuk meneruskan hidup dan percaya bahawa nasib malangnya itu adalah laknat tuhan.
namun,dorongan dan semangat dari kawan dan keluarganya membuatkan dia berazam untuk meneruskan hidup walau dalam keadaan sedemikian rupa.

Kini, sain berusaha untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakitnya kerana katanya dia juga punya keinginan seperti orang lain yang mahukan kehidupan yang normal dan seperkara yang membuatkan Sain berazam untuk sembuh adalah keinginannya untuk mendapat jodoh.

p/s bersyukurlah bagi orang2 yang sempurna sifat. salam jumaat semua

Kata-kata hikmah






Orang yang bahagia itu akan selalu...

~ menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah 
~ menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa
~ menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan
~ menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan 
~ menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu 
~ menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


~ Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
~ Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
~ Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
~ Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
~ Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 
~ Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
~ Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 
~ Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
~ Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
~ Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

salam jumaat salam kemaafan :)


Calon Presiden AS Malu Besar Kerana 'Amercia'


As'salam



Kerana kesalahan ejaan pada slogan kempennya, calon presiden AS, Mitt Romney,  dari parti republikan menjadi bahan ejekan ramai di laman twitter. kesalahan yang dianggap bodoh itu dikesan pada sebuah aplikasi iPhone, 'With Mitt' yang diperkenalkan oleh Romney dan pasukan kempennya.

Slogan yang sepatutnya berbunyi "A Better America" telah menjadi "A Better Amercia": dan kesalahan ejaan itu akhirnya tersebar meluas di laman twitter lalu orang ramai mula mengejek dengan menunjukkan mesej 'America'.

Bagaimanapun aplikasi itu dihantar ke Apple inc.untuk dikemaskini dengan membetulkan kesalahan ejaan...