followers

busuk.org

Rabu, 30 Mei 2012

Gempar! Ikan Pelik Miliki Ciri Tiga Spesis Berbeza

As'salam



Seorang pemancing, Mark Sawyer, terkejut apabila mendapati ikan yang dipancingnya
mempunyai ciri-ciri tiga spesis ikan berbeza. 

Menurutnya, kepala ikan itu kelihatan seperti ikan lipas, manakala badan dan ekornya pula seperti ikan emas
coklat, sementara sirip dubur ikan itu seperti ikan kakap.

Sawyer menangkap ikan itu ketika memancing di Tasik Magpie,Cambridge.

Info: Mark Sawyer ialah pengarang majalah Angling Times.

Muzium Ketam Milik Vitaly Islentyev


As'salam



Vitaly Islentyev, seorang pesara di Russia, mempunyai hobi yang unik. beliau menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar Yeniseisk. 
(Ketam yang dimaksudkan ialah sejenis peralatan yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu)

Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu. muzium itu juga mempamerkan ketam yang dihasilkan pada abad ke-18 dan ke-20. Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of Russia, Islentyev mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di Russia

Info: Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.(bukan ketam jenis makanan laut)

Sumber: Kosmo

p/s bapa gua pun ada simpan alat ni


Amy Search Sertai Umno

As'salam


Legenda rock negara, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman serta dua lagi rakan artis hari ini menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

Selain Amy, Mustaffa Din (Mus May) dan seorang lagi penyanyi, Ibnor Riza turut menyertai Umno.
mereka menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Setiausaha Kerja Umno pusat Datuk Ab Rauf Yusoh, di ibu pejabat Umno.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,"
 kata Amy

Sementara itu, Mus, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," kata Mus.

Bagi Ibnor Riza pula, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Fakta: ketiga-tiga artis ini menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Sumber: SH

p/s gua belum daftar mana2 parti politik, rasanya lebih selesa macam ni kot :)