followers

busuk.org

Ahad, 27 Mei 2012

Krisdayanti Hamil Lagi?





As'salam..

Bukan nak menyibuk atau nak jaga tepi kain orang..tapi sebagai peminat, gua tertarik dengan laporan akhbar hari ni yang melaporkan penyanyi tersohor indonesia, Krisdayanti hamil anak ke-dua.
Ikuti laporan ini..


SELURUH Indonesia heboh kononnya Krisdayanti dan suaminya, Raul Lemos sudah lama tidak di ranjang. Keadaan menjadi celaru berikutan Kris membuat pengesahan bahawa dia kini hamil dua bulan.
Suami Kris, Raul Lemos kemudian membuat penjelasan tentang 'perpisahan' dengan isterinya kepada sekumpulan wartawan Indonesia pada Ahad lalu di Hotel Shangri-La, Jakarta.
"Saya ada kerja di Dili. Isteri saya, Kris adalah warga Indonesia manakala saya ialah rakyat Timor Leste. Kami mempunyai dua tempat tinggal iaitu di Dili dan Indonesia.
"Kalau pisah ranjang memang sering terjadi. Ertinya saat isteri saya ke Indonesia, kami memang terpisah ranjang. Tapi kalau kita bertemu, katil yang berukuran dua meter boleh jadi hanya satu meter," terang Raul.
Raul kemudian turut mengesahkan bahawa Kris kini hamil anak kedua.
"Alhamdulillah, anak kami Amora, sebentar lagi akan punya adik," jelas Raul yang diiringi senyuman Kris yang terkenal dengan lagu Mencintaimu.
Kredit: Kosmo

Video Kemalangan Dragrace Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya


As'salam

Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19.

Berikut adalah video kejadian pada malam tersebut.


Fakta: berita tentang kematian salah seorang mangsa adlah tidak benar.

Sumber video: You tube


Koleksi Gambar: Taman Tema Angry Bird Di Finland











untuk paparan berita, klik sini

Sumber: google


Taman Tema Angry Bird Dibuka Di Finland




Bermula daripada satu permainan ringkas yang boleh dimuat turun ke telefon pintar dengan harga hanya 59 peni (RM2.50), kini Angry Bird mempunyai pengaruh yang sangat besar di seluruh pelosok dunia. sebut saja Angry Bird, pasti semua orang tahu.

Kerana popularitinya yang naik mendadak itu,  kini sebuah taman tema Angry Bird dibuka di 'Negara kelahirannya' , Finland. 

Terletak dalam Taman Hiburan Sarkanniemi, ia direka khusus sebagai lokasi hiburan keluarga dan kanak-kanak kecil, dengan memiliki 12 permainan tunggangan, beberapa permainan berbentuk cabaran dan juga stesen menjual makanan.

Sebelum ini, sebuah Taman Tema Angry Bird telah dilancarkan di China, September lalu, namun ia tidak memiliki lesen daripada pemiliknya.

Fakta menarik:

-Angry Bird dibangunkan oleh syarikat permainan Finland, Rovio Entertainment.
- Perdana Menteri Britain, David Cameron merupakan salah seorang peminat Angry Bird
-Angry Bird sudah dimuat turun lebih 700 juta kali sejak ia dilancarkan.



Gempar! Wanita Malaysia Dipercayai Jual Ovum

As'salam


Urus niaga sperma dan ovum kini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia kerana harganya yang tinggi di pasaran antarabangsa. Dan dipercayai, ia turut dilakukan oleh rakyat negara ini.

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan. 

Dipercayai harga pada sebotol air mani lelaki boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol di pasaran antarabangsa, manakala ovum wanita pula pernah dijual pada harga RM100,000.
tetapi semua ini bergantung kepada latar belakang,etnik serta tahap kesihatan seseorang penderma.

Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia termasuklah dari Malaysia. puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.

Hakikatnya isu ini belum ada kesudahannya kerana tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.

Sumber: Kosmo