followers

busuk.org

Sabtu, 26 Mei 2012

Gambar Pasangan Pengantin Berlatar Belakangkan Puting Beliung


Pasangan pengantin ini sempat mengabadikan gambar berlatar belakangkan puting beliung yang ketika itu muncul 16 kilometer dari belakang mereka.

Mayat Bayi Ditemui Dalam Periuk


As'salam



BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.

Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.

Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Ini bukan kali pertama pasangan itu kematian anak, sebaliknya dua anak mereka sebelum ini turut meninggal dunia pada usia kurang tiga bulan. Menurut ibu mentua Mohd Noor, Salasiah Ahmad, 67, berkata selepas kelahiran anak sulung mereka, Asyraful Iqbal, yang kini berusia 15 tahun, tiga anak pasangan itu meninggal dunia dalam usia kurang tiga bulan.

Anak kedua pasangan itu, Nor Alia, meninggal dunia pada 2003 ketika berusia tiga bulan kerana tersedak susu, manakala anak ketiga, Siti Salmah, meninggal dunia pada 2010 dalam usia 44 hari selepas dilahirkan tidak cukup umur. 

Sumber: Sinar Harian


Solar Impulse Rentas Benua Tanpa Bahan Api


As'salam


Solar Impulse, Pesawat berkuasa suria milik Switzerland, berjaya menamatkan peringkat pertama misi penerbangan rentas benua tanpa menggunakan bahan api berjaya mendarat dengan selamat di Madrid, Sepanyol.

Juruterbang, Andre Borschberg menerbangkan Solar Impulse dari sebuah lapangan terbang kecil di Payerne, barat Switzerland sekitar pukul 8.30 pagi (waktu Swiitzerland) kelmarin.

Pesawat berkenaan seterusnya meneruskan penerbangan ke Rabat, Mahgribi dalam perjalanan sejauh 2,500 kilometer.

Fakta menarik:

-Solar Impulse memiliki sayap panjang seperti pesawat komersial jarak jauh dengan berat menyamai sebuah kereta.
-Pesawat berkenaan memiliki 12,000 sel solar bagi menjana empat enjin elektrik.
-Kapal terbang berteknologi tinggi ini dijadual terbang mengelilingi dunia pada 2014.

Sumber: Kosmo

13 Kunci Nikmat Kehidupan


As'salam..

Kunci merupakan perkara atau benda yang amat diperlukan setiap manusia.
ianya begitu penting dan berharga, 'ibarat sebuah kereta, kita perlukan kunci untuk menghidupkannya..begitulah juga hal-hal lain dalam kehidupan kita, segalanya memerlukan kunci untuk
memenuhi impian dan keinginan. jadi disini gua ingin kongsikan kepada korang tentang 13 kunci utama
nikmat kehidupan. semoga ia bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama, insyallah.

1- Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasul Nya

2- Kunci rezeki adalah berusaha di sertai dengan istighfar dan ketakwaan

3- Kunci syurga adalah iman dan taqwa kepada Allah SWT

4- Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah SWT (al-Quran) 

5- Kunci kebaikan adalah kejujuran

6- Kunci kehidupan adalah keikhlasan

7- Kunci kehidupan hati adalah merenungkan al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan mungkar yang membawa kepada dosa.

8- Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik

9- Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar

10- Kunci kebahagiaan adalah takwa

11- Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur

12- Kunci mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap duniawi

13- Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa

marilah kita bersama-sama mengamalkannya..

p/s andai ada kesilapan,sila perbetulkan..

Sumber: mysyah


Naskah al-Quran antara terkecil di dunia


As'salam



Di Sungai Manik, Naskhah al-Quran dipercayai antara yang terkecil di dunia .berukuran 2.5 x 1.3 sentimeter (cm) dalam mashaf resam Othmaniah itu lengkap 30 juzuk. Dengan saiznya yang begitu kecil, ayat kitab suci itu begitu sukar dibaca kecuali menggunakan kanta pembesar.

Pemiliknya, Hakim@Hasim Mohamad, 64, berkata, al-Quran berusia 100 tahun yang menjadi koleksinya itu adalah pemberian arwah bapa saudaranya, Allahyarham Saima Ariff yang pulang daripada mengerjakan haji di Makkah pada 1949.

Sumber: Berita Harian