followers

busuk.org

Jumaat, 25 Mei 2012

Lagu Ciptaan Lufya Ditujukan Untuk Zarina Anjoulie

Lagu Doaku ciptaan dan nyanyian oleh bintang Akademi Fantasia (AF), Lufya Sheikh Omar, dikatakan ditujukan khas buat Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah. ini berikutan 'perang' yang dilancarkan zarina terhadap Lufya di sebuah laman sosial baru-baru ini.

Zarina didakwa mengutuk Lufya habis-habisan selepas bintang AF itu mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya pernah diganggu dan dipandang serong masyarakat gara-gara wajahnya yang seiras dengan pelakon itu.

Menurut Lufya, lagu Doaku sebenarnya sudah siap sejak pertengahan tahun lalu dan dia bukannya mencipta lagu itu untuk Zarina, sebaliknya hanya menujukan lagu tersebut kepadanya kerana kutukan yang sangat melampau.

Lagu Doaku adalah sebuah lagu kerohanian yang dicipta sempena Ramadhan tahun ini.

p/s terus terang gua memang tak minat dengan kedua-dua artis ni, esp zarina.. !

iPad 1Malaysia Dilancar


As'salam



Tablet berjenama Malaysia kini dilancarkan..tablet yang dikenali sebagai 1Malaysia Pad ini dikeluarkan oleh syarikat tempatan, MalTechPro Sdn Bhd. sebanyak 5,000 unit dikeluarkan sebagai permulaan namun setakat ini penjualan tablet itu belum lagi dijual secara terbuka tetapi sesiapa yang berminat boleh mengunjungi laman sesawang syarikat itu untuk membuat tempahan. apa yang menariknya tablet ini dijual pada harga serendah RM999.

1Malaysia Pad ini berukuran tujuh inci, menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info.

So, kepada yang berminat apa tunggu lagi.. dapatkan sekarang.. !


Tembelang Negro Terbongkar Atas Katil Hospital

Tembelang seorang negro warga Nigeria akhirnya terbongkar apabila terbuang air besar bersama 11 kapsul berisi Dadah jenis syabu di atas katil Hospital Melaka setelah tiga jam dirawat.

Petugas hospital berkenaan cemas melihat keadaannya dan hairan sebaik ternampak 11 objek pelik turut terkeluar bersama najis di atas katil.

Bagaimanapun, selepas diteliti, mereka mendapati ia merupakan kapsul dadah yang telah ditelan oleh suspek untuk diseludup dan dijual kepada penagih syabu di negeri ini.

Selepas ujian X-ray dilakukan, doktor mengesahkan sebanyak 16 kapsul dadah lagi masih berada di dalam perutnya. Ia kemudian dapat dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi. Lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo


Yusry reka banglo untuk isteri



Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.


Kredit: Kosmo


WWW 1 Kini Bernilai RM520,000

As'salam..

Nombor pendaftaran WWW 1 telah mencipta satu lagi rekod baru apabila menerima bidaan tertinggi bernilai RM520,000, sekaligus mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100.


Selain itu, bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.

Sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

Sumber: myMetro

p/s geleng pale..