followers

busuk.org

Khamis, 24 Mei 2012

Buku Tulisan Irshad Manji Diharam KDN







Buku, 'Allah, kebebasan dan cinta' dan versi inggeris 'Allah, Liberty and Love' tulisan Irshad Manji
hari ini diharamkan oleh Kementerian dalam Negeri kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis. 

 Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'

Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Buku itu dikatakan menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis

Selain itu, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus boleh menjurus kepada pluralisme. buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

Sumber: SH

Janda Tua Kaya Ditipu Kekasih 'Jeneral'


As'salam



Kerana cintanya terhadap seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenali melalui internet, Seorang janda tua kerugian RM5 juta apabila menjual segala harta dan menyerahkan wang miliknya kepada kekasihnya itu yang sebenarnya adalah ahli sindiket penipuan yang dipercayai didalangi warga Afrika.

Lelaki yang dikenalinya sejak 2010 melalui satu ruangan Chat itu dikatakan memperdayakannya dengan kata-kata manis disamping menjanjikan pulangan lumayan melalui satu peluang pelaburan di luar negara.

Mangsa yang berusia 63 tahun itu, memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an. 

Mangsa juga dikatakan kali terakhir membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu. kes masih dalam siasatan polis.

Sumber: Kosmo

Gempar! Tasik Cachet II Kontang Kurang 24 Jam



Air Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile telah kontang dalam tempoh kurang 24jam 
dan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.

Kejadian itu disebabkan oleh peningkatan suhu yang menyebabkan dinding glasier yang bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik berkenaan telah pecah. dikatakan sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran

Air tasik itu berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile.

Sumber: Kosmo

Cubaan Bunuh Diri Di Niagara Falls Gagal




Seorang lelaki cedera parah selepas bertindak nekad terjun dengan niat membunuh diri di Niagara Falls  , Ontario, Kanada. lelaki berkenaan dikatakan memanjat susur tangga setinggi sembilan meter ditingkat Horseshoe, kira-kira jam 10 pagi dan kemudian melompat ke dalam sungai Niagara. lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan separuh sedar dan cedera di dada termasuk patah tulang rusuk hingga menyebabkan satu daripada paru-parunya gagal berfungsi. 

Fakta: Pada tahun 2003 dan 2009, dua individu terjun dari tempat sama dan dilaporkan hidup tetapi ditemui dalam keadaan kritikal.

Sumber: SH