followers

busuk.org

Sabtu, 19 Mei 2012

Kelantan juara Piala FA!!



KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0.
KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi penalti, dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.

Tahniah untuk pasukan kelantan!!
ini adalah hadiah kepada Tan Sri Anuar Musa.. 
Gomo Kelate Gomo!!

Dua Final Jadi Tumpuan


Dua final akan menjadi tumpuan jutaan peminat sukan bola sepak tempatan malam ini dan juga awal pagi esok apabila dihidangkan dengan dua perlawanan akhir yang menarik iaitu Piala FA di tanah air dan Liga Juara-juara di benua Eropah.

Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertarungan antara Kelantan dan Sime Darby manakala Liga Juara-juara menjadi rebutan Chelsea dan Bayern Munich.
Final Piala FA akan berlansung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur manakala final Liga Juara-juara pula jam 2.45 pagi di Stadium Allianz Arena, utara Munich, Jerman. 


Sumber: Sinar Harian


Roda Ferris unik di Turkmenistan



ASHGABAT, Turkmenistan - Sebuah roda Ferris di sini diiktiraf Guinness World Records sebagai yang terbesar di dunia bagi kategori berpusing di dalam sebuah struktur seni bina.

Sebanyak 24 kabin yang setiap sebuah mempunyai enam tempat duduk berpusing di dalam sebuah struktur seni bina tersebut. juga terdapat bentuk bola yang berwarna keemasan di bahagian tengah struktur seni bina ini
Roda Ferris yang terletak di Taman Tema Aghgabat ini mempunyai diameter 47.6 meter