followers

busuk.org

Khamis, 17 Mei 2012

Budak derita 'kaki raksasa'


As'salam


KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.

Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch menderita dengan penyakit misterinya itu dan kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Sumber: myMetro

Aidil Zafuan batalkan permohonan cerai terhadap Rita Rudaini

As'salam




PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam.
- Kosmo
Alhamdulillah..semoga pasangan ini kembali bersatu dan menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Gua sebenarnya kesiankan pada nasib anak2 kedua pasangan ini, kecik2 lagi dah jadi mangsa perceraian..
diharapkan Aidil membuat keputusan terbaik demi masa depan anak2. :)

Beza HTTP dan HTTPS



As'salam





HTTP adalah singkatan dari perkataan Hyper Text Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).

Jadi apa peranan huruf 'S' yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

S adalah singkatan daripada Secure. Jika korang mengunjungi sesebuah laman Web , cuba lihat alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.
Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat!
Dengan kata lain, kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer korang semasa perbualan dengan website.

sebagai contoh: jika korang mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang korang hantar ke laman tersebut. Jadi korang tidak digalakkan untuk memasukkan nombor kad kredit/akaun atau apa-apa maklumat sulit korang di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https://, ini bermakna komputer korang sedang 'berbicara' di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat korang.

Jadi korang faham kan kenapa HTTP dan HTTPS ini begitu penting?

Nasihat gua..,
Jika sesebuah laman web meminta korang untuk memasukkan maklumat kad kredit atau akaun korang,ada baiknya korang periksa dahulu samada alamat web itu bermula dengan https:// atau sebaliknya

Harap korang kongsi-kongsikan artikel ini..copy paste pun takpe..
Sharing is caring ")
Sumber & Artikel asal :http://www.nescafeais.com/