followers

busuk.org

Isnin, 14 Mei 2012

Manchester City Juara!!






MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang juara Liga Perdana Inggeris (BPL) buat kali pertama dalam lebih empat dekad.

Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.

Dalam perlawanan dramatik, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga permainan masuk waktu kecederaan.

Gol pertama Manchester City dijaringkan oleh Pablo Zabaleta.

Pengadil memperuntukkan waktu kecederaan tujuh minit. Edin Dzeko dan Sergio Aguero menjaringkan gol pada waktu kecederaan. Ia juga dilihat sebagai kemenangan dramatik ketika pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) bersiap sedia untuk meraikan gelaran buat kali ke-20 selepas ia menewaskan Sunderland 1-0.

Namun apa pula nasib kelab 'malaysia' QPR? ............................................?

Sumber: SH