followers

busuk.org

Jumaat, 11 Mei 2012

Gambar kereta tersadai atas pokok



Ini bukan babak stunt dalam sebuah filem ! ini adalah kejadian benar di sebuah perkampungan 
di Warsaw, Lubczyna, Poland.. kerana geram dengan seorang pemuda yang suka memandu laju dan berbahaya, penduduk di kampung berkenaan sepakat memberi pengajaran kepada pemuda terbabit,
mereka bertindak meletakkan kereta milik pemuda itu di atas sebatang pokok dengan menggunakan kren milik salah seorang penduduk disitu. 

Zbigniew Filo terperanjat sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran. sementara itu salah seorang dari penduduk terbabit berkata bahawa itu hanya sebagai pengajaran kepada filo supaya tidak mengulangi tabiat buruknya itu lagi dan niat mereka bukan untuk menganiaya beliau.

Sementara itu, polis mengarahkan filo untuk menurunkan sendiri keretanya sebagai hukuman kerana disamping perbuatannya yang suka memandu laju, filo juga tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

.

Budak pandu BMW rempuh rumah jiran


As'salam


Seorang budak lelaki yang baru berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran dengan kereta BMW milik ibunya. Menurut wanita berkenaan, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dahulu sebelum menunggunya memasuki kereta.

Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.

Kerosakan pada rumah berkenaan dianggarkan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).

Sumber:Kosmo

Nak cari template terbest ! ada cadangan?

As'salam..

fuh... ! semalaman gua cari template untuk blog gua.. tapi malangnya tak jugak jumpa..
aktuli gua nak cari kaler ijo n puti sebagai tema... korang ada tak apa2 cadangan ?
kalau ada, jangan segan2 komen sini eh..? kesian kat gua.., dah la tak pandai buat sendiri..perrrgh !
pls ar korang...tolong gua k ? hehehe... k la gua bekpes dulu..

Wanita lumpuh cipta sejarah maraton

As'salam




LONDON, Britain - Seorang wanita lumpuh, Claire Lomas menjadi manusia pertama menamatkan perlumbaan maraton dengan menggunakan sut bionik apabila tiba di garisan penamat di sini kelmarin, 16 hari selepas dia memulakan larian.

Lomas, 32, mengalirkan air mata kegembiraan ekoran berjaya menamatkan larian Maraton London sejauh 42.2 kilometer dengan bantuan sut bionik ReWalk.

Sut berkomputer berkenaan meniru tindak balas sendi manusia bagi membantu orang lumpuh bergerak.
Lomas telah lumpuh sejak lima tahun lalu akibat terjatuh semasa menunggang kuda

Sumber: Kosmo