followers

busuk.org

Khamis, 10 Mei 2012

Stadium Bukit Jalil Venue final Piala FA



KELANA JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan venue perlawanan akhir Piala FA - pertemuan antara Sime Darby dan Kelantan - di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 19 Mei ini. 

Penduduk gempar kubur dirosakkan



KUCHING – Penduduk Kampung Mendu gempar apabila 20 batu nisan dan kubur di tanah perkuburan Islam Jalan Mendu di sini dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Amat menyedihkan apabila batu nisan dan binaan sekeliling kubur rosak serta berselerakan di atas tanah.
Kejadian tersebut disedari pada Ahad lalu oleh seorang penduduk yang datang untuk menziarah kubur kakaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga di sini malam kelmarin.
Tanah perkuburan seluas 60 meter persegi itu menempatkan hampir 100 pusara.

Seorang tukang kebun, Ahmad Sontol, 63, yang dalam perjalanan ke tempat kerja terkejut melihat batu-batu nisan, dinding kubur dan longgokan tanah berselerakan.

“Perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah kubur arwah nenek saya.
“Nasib baiklah tidak berlaku apa-apa tetapi saya kecewa dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Sumber&Kredit: Kosmo

Pesawat awam Sukhoi Superjet 100 hilang di Bogor


JAKARTA - Sebuah pesawat awam jenis Sukhoi Superjet 100 yang membawa 50 penumpang, termasuk beberapa wartawan, terputus hubungan dengan menara kawalan udara ketika terbang di atas kawasan Gunung Salak, di Daerah Bogor dan Sukabumi di Jawa Barat, pada Rabu petang.

Sehingga kini, nasib pesawat itu serta penumpangnya belum diketahui. 

Peristiwa itu berlaku pada kira-kira 3.50 petang ketika pesawat tersebut melakukan penerbangan demonstrasi. Ia berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di sini pada 2 petang.

Kredit: Sinar Harian

Gambar kapal selam rekaan petani china


Kreatif! gua tabik spring dengan hasil kerja dan idea orang ini..
kalau nak tahu..kapal selam mini ini adalah rekaan dan dibina oleh seorang petani di China.

Zhang Wuyi, membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat. Kapal selam mini ini juga boleh menyelam pada kedalaman 
20 - 30 meter boleh berada dalam air selama 10 jam.

Salah sebuah dari kapal selam Wuyi ini juga telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian
pada harga AS$15,855 (RM48,500).