followers

busuk.org

Ahad, 6 Mei 2012

Fakta: 25 peratus penipuan profil di Facebook



CALIFORNIA - Kira-kira satu daripada empat pengguna laman sosial, Facebook menipu mengenai profil mereka untuk menarik minat lelaki atau wanita.

Keputusan tinjauan itu didedahkan siasatan laporan pengguna minggu ini bertajuk ‘Facebook dan Privasi Anda’.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 25 peratus pengguna Facebook daripada 2,000 keluarga mengaku telah memalsukan maklumat dalam profil mereka untuk keselamatan identiti.

Sesetengah pengguna dikenal pasti mencipta profil menggunakan nama-nama palsu atau tidak lengkap bagi menyembunyikan identiti sebenar daripada majikan atau pekerja bawahan dan ada yang melakukan perkara itu sekadar untuk berseronok.

Kredit: Sinar Harian

Gempar! 9 Mayat Tergantung Ditemui Manakala 14 Tanpa Kepala

As'salam


Bandar Nuevo Laredo di timur laut Mexico, digemparkan dengan penemuan sembilan mayat yang 
 tergantung di sebuah jambatan. menurut pihak berkuasa, terdapat kesan penyeksaan pada semua mayat terbabit dengan mata mereka ditutup. 

Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan.
dan kemudiannya menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas air di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.

Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan persengketaan beberapa kumpulan pengedar dadah di bandar itu.

FAKTA: Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico

Sumber: Kosmo

Spesifikasi Samsung Galaxy S III




Samsung Galaxy S III

SPESIFIKASI

Paparan: 4.8 inci berdefinisi tinggi (HD)
Operasi: Android 4.0 (ice cream
sandwich)
RAM:1GB 
Kamera: 8 mega piksel auto fokus
kamera dengan fl ash
Resolusi:720 x 1280 px (306ppi) 
Memori: 16/32GB (64GB tidak lama
lagi) + microSD slot (sehingga 64GB)
Dimensi: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
Bateri: 2,100 mAh

Sumber: 

Tak sempat bagi pemain MP3 - Amy Search

As'salam

NORMAH OTHMAN menabur bunga di pusara suaminya Allahyarham Bob Kuman
 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Ulu, Rantau, Negeri Sembilan semalam.

Baru beberapa hari Allahyarham Bob Kuman pergi untuk selama-lamanya namun kesedihan masih lagi
menyelubungi diri rakan-rakan yang rapat dengan allahyarham.

Antaranya ialah Amy Search, pemergian bob ternyata masih lagi beliau terasa. Amy terkilan kerana tidak sempat memenuhi permintaan bob yang inginkan alat pemain MP3 sebagai hadiah hari jadinya.
Menurut Amy, alat itu sudah dibelinya dan disimpan di rumahnya namun malangnya beliau tidak sempat untuk menyerahkannya kepada bob.

Selain itu kata-kata "bro..gua sebenarnya dah jauh" masih terngiang-ngiang di telinganya ketika beliau menghubungi bob dua minggu lalu yang seolah-olah memberikan petanda bahawa dia akan pergi untuk selama-lamanya. demikian menurut Amy ketika ditemui.

Sumber: Kosmo

al-fatihah buat allahyarham bob kuman..

Kubur Osama Laden Ditemui?



Seorang pencari harta karun warga warga Amerika Syarikat (AS), Bill Warren, 60, percaya bahawa dia telah menemui lokasi sebenar jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden berada.

Warren yang mempunyai pengalaman mencari lebih 200 bangkai kapal kini cuba untuk mengumpulkan dana berjumlah kira-kira AS$200,000 (RM609,000) untuk misi mencari beg didakwa mengandungi jenazah Osama di sebuah kawasan di Laut Arab Utara.

Dia nekad untuk melakukan misi tersebut selepas mengkaji imej satelit yang diberikan 
oleh sumber rahsianya di Pentagaon.
Menurutnya, beg jenazah Osama turut diletakkan pemberat supaya kedudukannya di dalam dasar laut tidak berubah. 

Jasad Osama Laden dibuang ke laut dengan kejam oleh Amerika dan sekutunya 
selepas mereka berjaya menemui tempat persembunyian osama lalu melancarkan satu operasi khas
untuk membunuhnya.

Sebelum ini, AS gagal mengemukakan bukti kematian Osama dan enggan mendedahkan lokasi jenazah pemimpin Al-Qaeda itu dibuang kerana khuatir kononnya ia akan menjadi tempat pemujaan penyokongnya.



p/s nampak sangat  AS menipu