followers

busuk.org

Sabtu, 5 Mei 2012

Ajaran sesat: Umat Islam dinasihati berhati-hati

MUAR - Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang mendakwa pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat lima waktu.

Kadi Daerah Ledang Sulaiman Maidin mendedahkan ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Ahmad 100' sedang bergerak aktif di Selangor dan kini sedang merebak ke negeri Melaka.

Menurut Sulaiman, pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat tetapi memadai dengan niat untuk melayakkan mereka masuk syurga di samping turut meminta lelaki yang ingin menyertai ajaran itu menyerahkan isterinya tidur semalaman dengan pengasas ajaran itu sebelum diterima sebagai pengikutnya.

"Jika didapati isterinya itu dapat memuaskan nafsu lelaki tersebut, barulah lelaki berkenaan diterima sebagai pengikutnya dan pengikut terbabit tidak perlu menunaikan solat lima waktu, memadai niat sahaja sudah mencukupi," katanya.

Beliau berkata ajaran itu berkembang kerana sikap sesetengah umat Islam sendiri yang tidak mahu mendalami agama Islam, termasuk membaca Al-Quran walaupun jabatan agama menyediakan guru di masjid-masjid. - Bernama


Sumber&Kredit: SH


Oh! FAM

As'salam..

Teringat 'amukan' kelantan mlm td....puas hati gua tgk lions xii kecundang dgn jaringan besar haha..
eh! gua mmg happy sebab tu memang team peberet gua..dan lagi satu ia diibaratkan plawanan antara malaysia dgn singapura...tp mcm mn plak dgn FAM? ape reaksi dan komen?
dorg senyum ke dgn kejayaan kelantan mlm td..? haha...sah sah tarak! nape sik cayak ka? eh tu bahasa sarawak.. tak caya ke? lalala tau takpe...hanya mereka dan mereka2 jer yg tahu..huahua..

ah! lupakan game mlm td..!! tlanjur gua tersasul ckp sarawak, tengat lak kat nasib team bumi kenyalang ni.
ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. seksaan ditanggung dorng sudah xdapat diselindungkan lagi..
hukuman demi hukuman diterima dari FAM... denda RM 75,500 bagi dua kesalahan serta bermain tanpa kehadiran penyokong dalam empat perlawanan akan datang sudah cukup menampakkan
kemahabijaksanaan FAM.! dengan denda itu, maka genaplah 'tiga hadiah' sarawak dapat dari dorng..

sebelum ni tim. presiden FAS menerima nasib yang sama macam tan sri anuar musa kena tempoh hari
gara-gara mengkritik, tak pasal2 kena RM8000 dan gantung 8 perlawanan. gua nak tanya pasal apa?
konon pasal kawalan keselamatan longgar? wei...abg2 FAM.. dgr sini..kalau bab kawalan ni, tiap minggu blh dkatakan ada yang melanggar peraturan.. ! kes bawak mercun dalam stadium sampai arini korg tak dapat kawal.. ! penyokong masuk tanpa tiket lagi satu hal.. pun korg x dpt atasi..! tidakkah ini menampakkan kelemahan korang? kalau betul korang ambil berat, apsal tak saman indonesia dulu? skuad harimau muda hampir-hampir diganyang oleh fanatik indon! belum pernah dalam sejarah pemain ke stadium menaiki  baracuda. satu penghinaan ! ini pun melibatkan soal keselamatan jugak! malah lebih dasyat kalau xdapat dikawal. semua orang makin lama makin meluat dgn FAM! ini fakta bukan auta!

cuba tengok friendly membabitkan team kebangsaan tempoh ari.. ramai ke datang? ni pasal apa? salah sapa?
Gua difahamkan di sarawak skang, semua penyokong mendesak FAS keluar FAM.. napa? sik cayak ka?
nah klik ni  tgk sdiri.. www.petisyen.com. penyokong-penyokong sarawak rasa terhina dengan tindakan ini dan sesuatu yang dianggap zalim!
apa yang FAM nak sebenarnya ?semua orang tak faham! nak kata membangun,jauh panggang dari api.
international friendly takkan ada klu tak di desak dan dikritik. wulawei...bderau!!

Sebut pasal ranking dorg kata tak penting, lepas ranking malaysia jatuh baru-baru ni baru dok sibok nak jawab kritikan.itupun tgagap-gagap.. baru sibuk nak atur game..apa hal?
apa fungsi dan matlamat FAM? cer jawab !  bukan gua je yang nak tahu, semua orang nak aju soklan cepumas ni..tapi FAM buat dek mcm tak nampak. im sori la abg2 FAM tmasuk tuanku..
gua bukan nak cari masalah, tapi ni dah jadi isu dan amaran peringkat  jingga ! mcm ribut la plak! kalau tak diselamatkan, alamat jahanam la bolasepak kita.

dan untuk yang terakhirnya, gua minta kalau boleh, orang-orang lama kat FAM tu, segeralah berundur
bagi peluang pada orang yang benar-benar nak majukan sukan bolasepak di negara ni.
dengan segala hormatnya....Oh FAM

:"kami sayang harimau malaya"



FAKTA: persatuan bolasepak sarawak bakal menanggung kerugian RM500,000 sekiranya hukuman ini dijalankan 


p/s bekas penyerang kebangsaan thn 90an, matlan marjan sampai ke hari ini di gantung FAM...kesian



Niat Dalam Hati Ketika Ambil Wuduk

As'salam



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


p/s amalkanlah wahai saudaraku :)



Awal-Scha Kini Sah Bergelar Suami Isteri

As'salam


Alhamdulillah..
setelah hampir tiga tahun bercinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, kini sah 
bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam tadi.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah 
Rujuk Putrajaya, Salman Idrus di Hotel Pullman, Putrajaya.

Sekalung tahniah dari gua sebagai peminat buat kedua pasangan mempelai
diiringi ucapan selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat
amin..