followers

busuk.org

Khamis, 3 Mei 2012

Hendrik Helmke Bintang Import Baru Sabah


As'salam

Memperkenalkan bintang import baru pasukan Sabah

HENDRIK HELMKE



Sabah FA baru-baru ini telah mendapatkan khidmat seorang pemain import baru yang 
akan beraksi dalam Liga Super Malaysia dan beliau ialah Hendrik Helmke.
Pemain tengah berusia 24 tahun berasal dari jerman ini telah menggantikan tempat
Michael Baird dari Australia yang terpaksa digugurkan kerana kecederaan serius yang memerlukan tempoh yang agak lama untuk pulih. Diharap kehadiran 'Gico' (Helmke) akan mampu membantu sabah untuk terus bersaing dalam kempen Liga Super 2012.







aksi (video) daripada Hendrik Helmke

                                            





BIODATA HENDRIK HELMKE

Nama : Hendrik Helmke
Tarikh Lahir : 1987/07/13
Tempat Lahir : Winsen (Luhe)
Umur : 24tahun
Tinggi : 1,81meter
Warganegara : Jerman dan Brazil (asal)
Posisi : Central Midfield dan Attacking Midfield
Kelab: IFK Mariehamn (Finland)
Kelab Terkini: Sabah (Malaysia)

Sejarah Bolasepak :

2006-2007 | VfL Maschen (Kelab Germany) | Perlawanan 28 | Gol 10
2007-2008 | Lüneburger SK (Kelab Germany) | Perlawanan 26 | Gol 6
2008-2009 | VfB Lübeck (Kelab Germany) | Perlawanan 27 | Gol 0
2009-2010 | VfB Lübeck (Kelab Germany) | Perlawanan 0 | Gol 0
2011 | IFK Mariehamn (Kelab Finland) | Perlawanan 29 | Gol 2
p/s sebijik macam christiano ronaldo hehehe...

Sabah Tatap!!


Pelakon Dan Pelawak Husni Mohd Rawi Meninggal Dunia


As'salam


Hari ini kita dikejutkan dengan kehilangan seorang pelakon dan pelawak terkenal, Bob kuman.
Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi, 40, telah meninggal dunia di kediamannya
di seksyen 11, Kota Damansara pada pukul 4.38 petang.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya dan disahkan sendiri oleh  Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi. Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Al-Fatihah..
.

Koleksi Gambar: Bas Mewah Yang Ohsem!





















Sumber gambar: Google


Rekod baharu tandas paling laju


SYDNEY - Rekod baharu tandas bermotor paling laju di dunia berjaya dicipta di sini semalam.

Ia dicipta selepas seorang pelagak ngeri dari Kanada, Jolene Van Vugt 'menunggang' sebuah tandas yang dilengkapi empat roda pada kelajuan 75 kilometer sejam (km/j).
"Ia amat menyeronokkan dan saya teruja dapat mencatat rekod baharu ini," tambahnya.

Van Vugt turut memegang beberapa rekod dunia lain termasuk menjadi wanita pertama yang melakukan aksi balik kuang sambil menunggang motosikal.

Dia mengatasi rekod tandas paling laju yang dibuat oleh Edd China di London pada tahun lalu.
China menunggang sebuah motosikal yang membawa tandas pada kelajuan 68km/j. - REUTERS
Sumber&Kredit: Kosmo

p/s macam2 hal kat dunia ni...


Motosikal Harley Davidson Dibawa Arus Tsunami Sejauh 6,400km Ditemui


Motosikal Harley Davidson milik seorang lelaki jepun, Ikuo Yokoyama, yang hilang semasa
tsunami melanda jepun pada 11 Mac tahun lalu telah ditemui di Pulau Graham, Kanada pada 18 April lalu
selepas dihanyutkan sejauh 6,400 kilometer.

Motosikal itu ditemui seorang lelaki, Peter Mark dalam sebuah kontena putih tempat ia disimpan oleh yokoyama. Yokoyama disahkan adalah pemilik motosikal berkenaan selepas dikesan melalui nombor
pendaftaran kenderaan itu.